Sizzling Prawn
Bahan-bahannya :
1.5kg udang galah � dibuang kulit
6 hiris halia � nipis
4 ulas bawang putih, dicincang halus
6 cawan Minyak Sawit Vesawit
Kulit dan jus dari 1 biji oren
Bahan-bahan perasa:
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh garam
1 biji putih telur
� camca teh lada sulah
Sos:
240 ml air
1 camca besar jus oren
2 camca besar kicap cair
2 camca besar sos tiram
1 camca besar kulit oren - diparut
2 camca teh gula
2 camca teh kicap pekat
2 camca teh tepung jagung
1 camca teh lada sulah
Hiasan:
Hirisan oren dan daun parsley
Cara menyediakan :
Perap udang dengan bahan perasa selama 5 minit. Goreng selama 30 saat dan toskan.
Panaskan 2 camca besar minyak dan tumis bawang putih dan halia selama 30 saat.
Masukkan sos yang terlebih dahulu telah dibancuh, udang galah, bawang dan halia goreng.
Hidangkan panas-panas dan hiaskan dengan hirisam oren dan parsley.
|
|
Sayur Midin Goreng Belacan
Bahan-bahannya :
2 cekak sayur Midin
6 biji cili merah }
4 biji cili padi }
2 ulas bawang putih } dikisar halus
6 ulas bawang merah }
4 camca besar udang kering }
2 cm belacan. }
� cawan Minyak Sawit Vesawit
8 ekor udang kasar (dibuang kakinya sahaja)
2 camca besar sos ikan
Cara menyediakan :
Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sampai wangi.
Masukkan udang, sos tiram dan sos ikan. Masukkan sedikit air. Kemudian masukkan sayur Midin.
Apabila sos mulai pekat, dan sayuran telah empuk, bolehlah dihidangkan segera.
|