Edisi Khas Cheef Wan Rasawit
Roghan Gosh

Bahan-bahannya :

1 kg daging kambing biri-biri – didadu
150 ml tairu
75 gm badam kisar
2 camca kecil garam masala
2cm halia – di cincang halus
6 biji bawang putih – dicincang halus
2 camca besar serbuk cili
1 tin tomato biji – sederhana besar
3 biji bawang besar – didadu
Segengam daun ketumbar – dicincang halus
3 biji cili hijau – dicincang halus
2 camca kecil serbuk jintan manis
Jus dari sebiji lemon
4 biji buah pelaga
4 camca besar Minyak Vesawit
Cara menyediakan :
  • Panaskan Minyak Vesawit dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih dan buah pelaga.
  • Masukkan daging, serbuk cili, jintan manis, garam masala dan badam. Masakkan selama 5 minit pada api yang sederhana.
  • Masukkan buah tomato dan sedikit air, biarkan sampai daging empuk. Kemudian masukkan tairu, jus lemon dan ketumbar serta garam. Didihkan 5 minit lagi.
  • Sajikan sebaik-baiknya semalaman selepas dimasak.
  •  
    Udang Goreng dengan Sos Plum

    Bahan-bahannya :

    800 gm udang sederhana besar, di buang kulit dan di belah belakangnya.
    1 biji telur, dipukul sedikit
    100 gm tepung jagung
    2 camca besar bijan
    250 ml Minyak Sawit Vesawit
    3 ulas bawang putih - dicincang halus
    5 biji bawang merah - dicincang halus
    10 gm cili padi - dikisar kasar
    2 camca besar sos plum v 2 camca besar sos cili
    3 camca besar perahan jus lemon
    1 camca teh gula
    garam dan serbuk lada putih secukup rasa.
    Cara menyediakan :
  • Gaul udang dengan sedikit garam. Kemudian lumur dengan telur, tepung jagung dan bijan sehingga sebati.
  • Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng udang sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
  • Di dalam periuk yang lain, panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah hingga kekuningan. Masukkan cili padi dan biarkan hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan sos plum sos cili dan jus lemon.
  • Biarkan ia mendidih, seketika dan masukkan gula, garam dan serbuk lada putih. Kacau rata.
  • Susun udang yang telah digoreng di dalam pinggan dan tuang sos di atasnya.
  • Hiaskan mengikut pilihan sendiri.
  • Hosted by www.Geocities.ws

    1