PEGEDEL IKAN TURKI

Bahan-bahan

500 gm isi ikan Tenggiri
� cawan dhal merah direbus sampai empuk dan dilecekkan
2 biji cili merah di cincang halus
2 ulas bawang putih
3 keping roti yang direndam dengan susu segar dan diramas
3 tangkai daun bawang - dihiris nipis
1 biji bawang besar - digoreng
Segenggam daun pudina - dicincang kasar
Segenggam daun parsli - dicincang kasar
1 biji telur - dipukul
Sedikit tepung jika perlu untuk membentuk pegedel
Minyak sawit (Vesawit) untuk menggoreng
Sedikit daun salad untuk hiasan, timun dan buah tomato
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
1 biji lemon dibelah 6

Cara-caranya:
  • Gaulkan semua bahan-bahan di atas sampai sebati.
  • Bentukkan seperti pegedel dan goreng sampai masak. Sajikan bersama salad, tomato, timun dan lemon.
  •  
    BOREK BAYAM DAN KEJU

    Bahan-bahannya :

    Pastri Philo - 1 peket
    200 gm mentega di cairkan
    10 tangkai daun bawang
    2 kilo bayam - diasingkan daun dari batangnya.
    2 biji telur ayam - dipukul
    4 ulas bawang putih
    � camca kecil serbuk buah pala
    1/3 cawan daun parsli yang dicincang halus
    1 kotak keju "Feta"
    Garam dan serbuk lada hitam
    1 keping dada ayam - didadu kecil
    1 camca besar bijan
    Minyak sawit (Vesawit) untuk menggoreng
    1 biji bawang besar - didadu

    Cara-caranya:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan ayam.
  • Setelah masak masukkan bayam, garam, dan lada hitam.
  • Alihkan bayam ke dalam mangkuk. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan telur, keju, parsli dan daun bawang. Gaulkan rata.
  • Sementara itu potongkan pastri philo empat segi, lebih kurang 5 inci lebar. Sapukan mentega dengan menggunakan berus pastri diserata pastri phyllo tadi. Selepas itu lapiskan sekeping philo lagi dan ulangilah proses ini selama 4 ke 5 kali.
  • Sudukan inti bayam, gulungkan rapat dan sapukan lagi mentega cair diatasnya. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180�C, selama � jam sampai kuning dan garing.
  • Hosted by www.Geocities.ws

    1