AYAM GORENG ANEKA RASA

Bahan-bahan

1 sudu besar sos tiram }
3 keping dada ayam dihiris kasar-kasar }
4 sudu besar tepung jagung } semuanya digaul sebati dan digoreng
1 sudu kecil sos ikan }
1 biji telur - dipukul }
Minyak sawit (Vesawit) secukupnya
2 sudu kecil sos tiram
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 cm halia dihiris nipis-nipis
� cawan sos cili Thai
6 biji cili padi - dihiris
2 batang serai
4 helai daun limau purut
Segenggam daun selasih
2 biji terung - dipotong lebar-lebar dan digoreng sampai lembut
1 sudu besar madu
Air dari limau kasturi
1 sudu besar mayonis
1 sudu kecil sos ikan

Cara-caranya:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi.
  • Apabila naik wangi, masukkan ayam, sos cili Thai, sos tiram, madu, sos ikan dan masak selama 2 minit.
  • Masukkan terung, daun limau purut, daun selasih, air limau kasturi.
  • Gaulkan rata sebelum disajikan.
  •  
    LALA GORENG PATTAYA

    Bahan-bahannya :

    300 gm lala dicuci bersih
    4 ulas bawang putih
    2 cm halia dihiris
    1 sudu besar serbuk kari ikan
    2 sudu besar sos tiram
    2 sudu besar sos ikan
    1 biji bawang besar - dihiris bulat
    � biji cili capsicum - didadu kecil
    � cili capsicum hijau
    Segenggam daun selasih
    Sedikit tepung jagung dilarutkan di dalam air
    Minyak sawit (Vesawit) untuk menggoreng
    Gula secukup rasa
    6 tangkai daun bawang
    Cara-caranya:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama sos tiram, serbuk kari ikan dan halia.
  • Masukkan lala, gaul rata dan tutup sebentar.
  • Selepas 2 minit buka tudungnya, masukkan tepung jagung, sos ikan, cili capsicum, bawang besar daun selasih dan daun bawang.
  • Hidangkan segera.
  • Hosted by www.Geocities.ws

    1