From: "Ariff Baharuddin @PBDKUANTAN"[[email protected]]
Rendang Daging
500g daging, dihiris
(A)
15 biji cili kering )
20 biji bawang merah ) dikisar
1 cm lengkuas )
4 batang serai )
(B)
3 sudu besar kerisik
3 keping assam keping
1 helai daun kunyit
2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  • Tumiskan Bahan A dengan 3 sudu besar minyak di dalam kaserol. Tutup dengan tuala kertas dan masak pada tahap HIGH selama 3 minit.
  • Campurkan daging dan masak pada tahap HIGH selama 3 minit.
  • Campurkan Bahan B dan terus masak pada tahap MEDIUM selama 15 minit.
  • Masukkan garam.
  • Hidang dengan ketupat, nasi atau lemang.
    Untuk membuat kerisik :-
  • Letakkan kelapa parut di atas Cakra-putar, masak pada tahap HIGH selama 3 minit.
  • kacau semasa setengah masa. Kemudian kisar lumat.
    PETUA / TIPS
  • Untuk rendang kurang basah, jangan tutup kaserol semasa memasak.
  • Jangan bubuh garam sebelum masak kerana garam akan mengering dan mengeraskan daging, udang,ayam dan sayur-sayuran.
    Hosted by www.Geocities.ws

    1