From: [[email protected]]
DAGING GORENG KICAP(Mami Penang)
Bahan A:
1/2 kilo daging lembu (dipotong macam daging goreng)
1 paket rempah kari daging BABA's
3/4 cawan kicap lemak manis (kalau kat Penang ni, guna Nirwana)
3 biji bawang besar (blend)
bawang putih 2-3 biji
Halia sebesar ibu jari (blend)
1 tin kecil tomato soup 57 Heinz
Bahan B:
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi QBB
3 biji bawang besar dipotong bulat
10 sen daun kari
sedikit air asam jawa
CARA-CARANYA:
  • Perap bahan A selama 5 jam kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus hingga daging empuk dan jangan terlalu kering.
  • Bila sampai waktu nak makan, masukkan minyak masak dan minyak sapi tadi dan tumiskan bahan B; iaitu bawang besar yang dipotong bulat tadi.
  • Kemudian masukkan daun kari (lagi banyak lagi mengancam baunya).
  • Masukkan sedikit air asam jawa.
  • Ambil daging yang telah direbus tadi dan masukkan ke dalam kuali menumis tersebut.
  • Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.


    OPTION:
    From: [[email protected]]
    agak-agak dia berair..jangan terlalu kering sangat dan jangan terlalu banyak air..
    Hosted by www.Geocities.ws

    1