From : [[email protected]]
Daging Goreng Ketumbar Tradisional
Selamat Sejahtera,
Resipi berikut tidak merupakan resipi di mana-mana negeri. Ia adalah satu
resipi vetren kepunyaan ibu mertua Pak Amir. Maklumlah dulu masa
miskin-miskin apa yang ada main tumbuk dan masak sahaja. Anda tidak
berpeluang merasa resipi ini di mana-mana kedai sekali dan Pak Amir percaya
ramai di kalangan kaum melayu pun tidak pernah merasa masakan " Daging
Goreng Ketumbar " yang disediakan secara traditional ini.
Mesti cuma di hujung minggu ini, ianya lazat dan menaikan semangat serta
selera makan kita.
Persediaan Masa : 20 min.
Masa Memasak : 90 min.
Hidangan : 3 orang makan.
[ Bahan-Bahan A : Tumbuk / kisar semua bahan ini sehingga lumat. ]
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan manis
[ Lain-Lain Bahan : ]
1/2 kilo daging
Sedikit minyak masak
Sedikit gula ( sedikit sahaja )
Sedikit asam Jawa ( sedikit sahaja )
Garam secukup rasa
Air semangkuk besar
Cara Dan Peraturan :-
Tumbuk / kisar Bahan A di atas sehingga lumat.
Daging dipotong nipis ( seperti saiz masak rendang ), bersihkan daging
dan gaulkan semua daging dengan Bahan A tadi, dan perapkan selama 1/2 jam
sekurang-kurangnya.
Panaskan minyak, tumis daging yang telah diperap dengan Bahan A ( # 2 di atas ) sekejap sehingga naik bau, masukkan semangkuk besar air, kacau rata
dan biar masak sendiri dengan api sederhana selama lebih kurang 1 jam, kalau tak cukup air, tambahkan air lagi.
[ * Di peringkat ini, kuali anda kelihatan seperti masak sup daging, biar semua danging direndam penuh dengan air )
Selepas 60 - 90 minit, daging anda akan mula kelihatan kering ( dan cukup empuk ) dan sila terus kacau dan goreng daging tersebut sehingga naik
minyak. Di peringkat ini masukkan sedikit gula ( kurang dari sesudu teh gula ), sedikit asam jawa serta garam secukup rasa.
Hidangkan dengan nasi panas / Orang lepas bersalin makan latah pun
menyelerakan sekali.
Wassalam,
Pak Amir.