Masak nasi sampai jadi bubur, campurkan sedikit garam sahaja.
Lepas tu, masak sup seperti sup sayur ke, sup ayam ke atau apa-apa suplah!
Bubuh bubur tadi dalam manguk dan tuangkan sup ke atasnya.
Bahan-bahan untuk membuat sup
Ubi kentang dan /karrot
merah ayam atau daging (ikut suka banyaknya) Tumbukkan halia dan lada
putih hingga halus Tumbukkan juga bawang merah dan putih - agak-agaklah
banyaknya 2-3 biji bawang putih dan merah dihiris-hiris bunga
lawang, cengkih, Sup bunjut adabi
Cara-cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang yang telah dihiris agak
layu sedikit, jangan sampai kuning nanti hangus.
Lepas tu masukkan halia dan bawang yang telah ditumbuk dan campakkan juga
bunga lawang dan cengkih, tumis hingga naik bau yang harum.
Masukkan air (ikut suka berapa banyak) dan sup bunjut adabi.
Masukkan juga ayam atau daging dan renihlah hingga empuk. Masukkanlah
kentang bila ayam dah nak empuk.
Bila dah masak hidanglah dengan daun sup dan daun bawang (untuk orang
dewasa) kerana kanak-kanak biasanya tak suka banyak sampah sarap.