Bubur Kemboja
Bahan - bahan :
Minyak untuk menggoreng
4 camca besar udang kering ( * )
1 biji bawang besar didadu ( * )
2 cm halia dihiris nipis ( * )
2 ulas bawang putih ( * )
1 batang serai ( * )
1 ekor ayam di belah dua ( * )
2 biji tomato ( * )
sedikit lada hitam ( * )
4 camca lobak asin
2 cawan beras siam dicuci dan ditoskan air secukupnya
2 camca tauchu di tumbuk
( * ) --- Direbus sampai empuk ayamnya
Bahan-bahan hiasan :
Bawang goreng
Limau nipis
Taugeh mentah
Daun bawang
Sambal cili limau
Cara-cara membuatnya
  • Panaskan minyak lalu digoreng bawang besar, halia, bawang putih, dan serai sampai kuning bersama udang kering
  • Masukkan ayam dan air mentah, tomato, lada hitam dan lobak asin dan dimasak sampai ayamnya empuk. Keluarkan ayam lalu dicarik-carikkan isinya
  • Sementara itu masukkan beras siam, ke dalam stok ayam tadi, dan masaklah umpama menyediakan bubur. Tambahkan air dari semasa ke semasa sebelum dimasukkan taucu tadi
  • Hidangkan bubur bersama bahan-bahan hiasan pelengkap tadi
  • Hosted by www.Geocities.ws

    1