From: [ [email protected]]
Rendang Ayam
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam (potong 10/12 ketul)
1 biji kelapa -ambil santannya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih } di mesin halus
1/2 inci halia
sedikit lengkuas }cili kering/cili boh - ikut kepedasan yg diingini
1 1/2 sudu rempah kari
air asam jawa, gula, garam, pak aji -secukup rasa
2-3 helai daun limau purrut
2 batang serai - dihiris halus
1 helai daun kunyit - dihiris halus
3 sudu kerisik kelapa
Cara-caranya:-
  • Tumiskan bahan2 yg dimesin hingga terbit bau dan kelihatan garing.
  • Masukkan cili kering dan tumis sampai pecah minyak dan letakkan sedikit sahaja gula dan biarkan ia sehingga berminyak dan masukkan rempah kari. Kacau lagi.
  • Masukkan santan dan masakkan kuah tersebut lebih kurang 2-3 minit.
  • Kemudian masukkan ayam.
  • Gaul dan kacau sebati.
  • Biarkan ia mereneh sekejap dan masukkan air asam jawa.
  • Masukkan daun limau purut dan garam serta pak aji dan masakkan sehingga kuahnya hampir kering masukkan serai dan daun kunyit yg dihiris kedalam kuali.
  • Kacau lagi.
  • Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau sampai ia betul2 masak kuahnya kering. Terpulang kalau nak berkuah jgn sampai kering sangat.
  • Kemudian boleh dihidangkan ...

    p/s : kalau betul cara masakannya rendang ni boleh tahan 2-3 hari tapi kena rajin panaskan ia.


    From :Sarina Bakar [ [email protected]]
    Rendang Ayam / Daging
    Bahan-bahan:
    5 ulas bawang putih
    10 ulas bawang merah
    2 inci kunyit
    2 inci halia
    1 inci lengkuas
    5 batang serai ( di racik untuk memudahkan di blender)
    10 biji cili padi (kalau suka pedas boleh lah tambah)
    Tumbuk / blender semua bahan di atas
    2 biji kelapa (santan )
    3 sudu besar kerisik(1/2 biji kelapa di goreng dan di tumbuk)
    1 ekor ayam / 1 kilo daging
    2 helai daun kunyit di racik halus
    5 helai daun limau purut di racik halus
    Garam secukup rasa
    sedikit gula (kalau suka)
    Cara
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  • Masukkan bahan yang di blender.Kacau hingga naik bau ( hampir kering).
  • Masukkan santan.
  • Sekiranya anda gunakan ayam daging ,masukkan ayam bila santan hampir pekat untuk mengelakkan dari hancur.
  • Sekiranya anda menggunakan ayam telor bolehlah di masukkan bersama santan.
  • Sekiranya anda nak buat rendang daging pun boleh di masukkan
  • bersama-sama santan.
  • Masukkan garam dan sedikit gula (kalau suka) .
  • Apabila hampir kering masukkan kerisik,daun limau purut dan daun kunyit.

    Petua: Air kelapa jangan di buang.Gunakan air kelapa untuk perah santan.

  • Hosted by www.Geocities.ws

    1