Ayam Percik
Bahan2nya utk perap
1/2 ekor ayam
bawang besar, halia, serai )
dimesin halus
jintan manis,jintan putih )
Cara2nya
Perapkan ayam + adunan no 1 selama lebih kurang 10 minit.
Selepas itu kukus sekejap ayam tersebut supaya ia lembut sikit dan biarkan
perasa menyerap ke dlm isi ayam dan cepat masak apabila dibakar
Bakar ayam sehingga garing kekuningan dan salutkan kuah percik.
Bakar. Salutkan kedua kali ayam dengan kuah percik. Bakar lagi.
Hidangkan sewaktu panas.
Kuah percik
Bawang besar,bawang putih- (lebih kan bawang besar) di
mesin halus
halia, lengkuas (lebihkan lengkuas dari halia) - dimesin
halus
jintan manis, jintan putih - di mesin halus
serai - di ketuk
cili
boh / cili kering (yg telah dimesin halus) - terpulang kepada kepedasan yg
diingini
Air asam jawa
Santan secukupnya
sedikit tepung beras (utk
memekatkan kuah)
Garam, gula, Pak Aji
Cara2 membuat kuah percik
Tumiskan bawang dan halia sehingga berbau wangi
Tambahkan cili boh/cili kering sehingga pecah minyak. Campurkan gula
sedikit.
Masukkan serai yg telah diketuk (serai terpulang samada nak dimesin bersama
dengan halia tadi)
Tambahkan jintan manis/jintan putih.. biarkan sampai pecah minyak
Masukkan santan dan kacau supaya tidak berbuku.
Apabila kuah telah menggelegak tambahkan air asam jawa dan kacau rata.
tambahkan garam secukup rasa dan jugak ajinomoto.
tambahkan tepung beras yg dicampurkan dengan sedikit air utk memekatkan kuah
.
p/s : kalau nak buat percik putih jgn gunakan cili, yg lain seperti biasa
bole digunakan utk ikan dan jugak ayam.
kalau ikan perap saja ikan tu dengan garam, kunyit terus je bakar tak yah
kukus @ rebus dulu.
OPTION 1
1 ekor ayam di potong sepuluh
Bahan utk dikisar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci
halia
3 batang serai
1/2 inci lengkuas
10 biji cili kering
10 biji
cili padi
2 helai daun kunyit - di mayang halus
2 helai daun limau purut -
di mayang halus
1 liter santan
garam secukup rasa
pak aji jgn lupa>
Cara membuatnya
Tumiskan semua bahan yang dikisar sehingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan santan.
Kemudian diikuti dengan ayam.
Masakkan ayam sehingga separuh masak dan keluarkan dari kuah.
Panggang ayam atas api yang sederhana hingga masak.
Masukkan daun kunyit dan daun limau purut ke dalam kuah santan.
Curahkan atas ayam spt. kita tengok org jual kat gerai tu.
Bolehlah dihidang panas-panas.
OPTION 2
From: "Abu Hassan Ramli, Jamilah" [[email protected]]
Cara-Cara
1 ekor Ayam ayam di potong empat dan di gaul dengan garam dan kunyit di
biarkan sebentar.
Masukkan secawan air kedalam periuk dan ayam tadi dimasukkan sekali.
Tutupkan periuk tersebut dan masakkan sehingga ayam masak tetapi jangan
terlalu lama agak-agak 90% masak.
Bahan -bahan untuk membuat kuahnya
Lengkuas sebesar syiling
seringgit
10 batang serai
1 � biji santan kelapa
10 tangkai cili
kering
2 ulas bawang puteh
halia sebesar syiling seringgit
blendkan kesemua bahan bersama santan
masakkan di atas api yang sederhana sehingga pecah minyak dan mengeluarkan
banyak minyak. Jika kurang minyak boleh tambahkan minyak makan biasa.
Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa.
Ayam di keluarkan dari periuk di pangang atas api, bila dah kering sedikit
celupkan ke dalam kuahnya dan bakar lagi sehingga kuahnya kering pada ayam.
Simpan baki kuah dan curahkan di atas ayam yang telah masak.