From : [email protected]
PAPRIK AYAM
Bahan2nya
Ayam (agak2-tak perlu terlalu banyak- dipotong kecil dan
dibersihkan)
2-3 biji Cili merah - ditumbuk lumat (kalau nak pedas tambahkan
cili api)
3-4 ulas Bawang merah - ditumbuk lumat
2-3 ulas Bawang putih -
ditumbuk lumat
Sehiris halia
Beberapa helai daun limau purut
Bunga
kobis ] dipotong
Kacang panjang ] mengikut
Karot ] citarasa
Putik
jagung ] masing2
Garam, aji, gula, secukup rasa
Cara2nya
Ayam direbus bersama halia, sedikit garam dan aji (kalau suka). Air jangan
terlalu banyak, rebus biar tinngal skit je air. Jangan masukkan banyak garam
Ada yang suka goreng ayam tu, tapi saya suka rebus, sebab kita boleh guna
air rebusan tu untuk menambahkan kesedapan paprik
Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga masak dan nampak minyak dah naik,
agak2 macam dah nak kering gitu
Then masukkan ayam bersama air rebusannya. Kalau nak berkuah leh masukkan
air, tapi saya suka kering Cukup sekadar air ayam tu skit je
Oleh kerana ayam dah direbus.kita tak perlu masak lame sangat, so... leh la
carik-carikkan daun lemau purut dan masukkan bersama-sama sayur yang dah
dipotong
Agak sayur tak terlalu keras, dan dah bau daun limau purut, leh la angkat
dan hidangkan
Mudah dan sedap.