From : [[email protected]]
Ayam Kukus Halia Dengan Cendawan
Resipi nie pun saya dapat dr dlm
majalah, tak pernah cuba tapi nampak macam sedap jer..boleh cuba kalau nak..
Bahan-bahan :
1/2 peket perencah Ayam Kukus Seri-Aji(Yim Koke Kai) lebih
kurang 10gram sepeket
1/2 ekor ayam (lebih kurang 500gram) dipotong kepada
ketulan yg sesuai utk dihidangkan,dibersihkan dan tos.
50 gm halia muda yg
telah dihiris
4 keping cendawan kering china.rendamkan selama 20 minit
didalam air.Perahkan air dan potong menjadi hirisan.
1 sudu teh kicap
cair
1 batang daun bawang
1 batang daun ketumbar
Cara-caranya:-
Lumurkan perencah Ayam Kukus dan kicap cair keatas ayam dgn rata.
Letakkan ketulan ayam dlm pinggan cetek.
Taburkan halia muda & hirisan cendawan.
Kukus diatas air yg sentiasa mendidih selama 15 minit.
Hiaskan dgn daun bawang dan daun ketumbar.
Hidang semasa panas..
Selamat mencuba. Good luck.