From: "Abu Hassan Ramli, Jamilah"[ [email protected]]
AYAM BERIYANI
1 ekor ayam (dipotong 12)
3 sudu makan rempah beriyani (kalau serbuk beriyani, sila cairkan sedikit dgn air)
Cili kering (ditumbuk lumat) secukup rasa
1 tin kecil tomato puri
Minyak masak
5 biji bawang puteh (ditumbuk halus)
5 biji bawang merah (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
1 paket 50 sen rempah ratus (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
Garam secukup rasa
Air
Cara-caranya
  • Bersihkan ayam.
  • Panaskan minyak masak dalam periuk.
  • Tumis rempah, halia dan bawang sehingga berbau.
  • Tumis cili giling, garam dan rempah beriani sampai naik minyak.
  • Masukkan ayam dan gaul.
  • Masukkan tomato puri dan sedikit air.
  • Biarkan rempah sebati dgn ayam sekejap. Boleh kecilkan api.
  • Masukkan air sama rata dengan ayam. (Air jgn terlalu banyak, ni bukan masak kari)
  • Tutup periuk dan biar ayam masak.
  • Hosted by www.Geocities.ws

    1