From: [[email protected]]
Tom Yam
Berikut adalah resipi tom-yam yang saya tahu.....
Bahan-bahan:
Ayam/udang/sotong/daging (campur atau individu - terpulang)
2 biji buah tomato
4-5 sudu besar pes tom-yam (apa-apa jenis yang dalam botol tu.. jenis Nona pun boleh)
3 batang serai
1-2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah )
2 ulas bawang putih ) ditumbuk
1/2 inci halia )
1 kiub ayam Knorr
kobis bunga )
kobis daun ) ikut banyak mana suka
karet merah )
1biji limau nipis
3 helai daun limau purut
Garam
Secubit gula
Cara-caranya:
  • Rebus ayam yang telah dipotong/udang/daging bersama air setengah periuk.
  • Setelah menggelegak, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk bersama serai.
  • Masukkan pes tom-yam dan kiub ayam Knorr. Biarkan sekejap.
  • Perah air limau nipis dan masukkan daun limau purut.
  • Kemudian masukkan sayur-sayuran.
  • Masukkan garam dan secubit gula.
  • Sebelum tutup api, masukkan buah tomato yang dibelah empat.

    SELAMAT MENCUBA........


    From: ZURAINI BINTI MOHD ZIN[[email protected]]

    Kenapa tak diletakkan sedikit sos ikan. Kalau ikut style siam sos ikan ni tak boleh ditinggalkan dan lagi satu kalau makan kat Restoran Thai biasanya tom yam dilebihkan gula (rasa manis dan masam)..emmmm sedap.

    Biasa apa yang saya buat :

  • Tumis bawang putih dulu (saya tak suka gunakan bawang merah kalau masak tom yam)
  • Tumiskan pula pes tom yam bersama2 serai sehingga naik minyak. Masa ni bau tom yam dah pun merebak satu rumah.
  • Kemudian masukkan air dan bahan2 utama (ayam, daging) tunggu sehingga menggelegak.
  • Kemudian masukkan udang & sotong
  • Masukkan 2-4 sudu sos ikan, sedikit serbuk perasa, sedikit garam dan gula (kalau suka manis lebihkan gula), air perahan limau nipis(lebihkan kalau suka rasa yang masam) dan daun limau purut (lebihkan kalau suka bau yang lebih harum)
  • Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan biarkan seketika. Cubalah.

    p/s: selain menggunakan pes, untuk rasa yg. lebih sedap (pure punya) pes tom yam boleh dibuat sendiri. Mungkin ada dikalangan netters yg. tahu membuat pes tom yam bolehlah berkongsi. InsyaAllah jika saya dapat resipi pes tom yam Thai saya akan edarkan.


    From : [[email protected]]
    TOM YAM
    Bahan-bahan
    (minta maaf, sukatan adalah anggaran sendiri)
    1/2 ekor ayam - diptg kecil2
    4 ulas bwg merah - ditumbuk
    1 labu bwg besar - di mayang
    3 ulas bwg putih - ditumbuk
    2 btg serai - dititik
    5 biji cili padi (kalau mau pedas lagi boleh lebih sedikit. atau boleh juga campur cili giling/ciliboh jika mau kuahnya berwarna merah)
    3 kpg asam keping (boleh juga taruk asam limau atau air asam jawa)
    5 helai daun limau purut (dihiris/dikoyak kecil2)
    minyak utk menumis 2 biji tomato - dipotong 4
    sedikit bunga kobis dan jagung muda
    garam, gula dan serbuk perasa
    cara-cara :
  • panaskan minyak. tumis bawang merah dan bwg putih sehingga terbit bau. Masukkan cili dan ayam yg dipotong. balik-balikkan ayam bersama dgn bwg yg ditumis serta cili lebih krg 5 minit.
  • Masukkan air, masukkan serai, daun limau purut dan asam keping
  • masukkan bunga kobis dan jagung muda. Biarkan mendidih
  • apb air mula mendidih masukkan bahan2 perasa dan buah tomato serta bawang besar. sesuaikan rasa dan angkat

    (ayam boleh juga diganti dgn daging, udang dan sotong dan boleh juga dicampur semua sekali)

    OPTION 1:
    From : [[email protected]]

    Apa kata kalau masukkan lengkuas dalam 3 hiris kemudian ketuk sedikit (kalau yang jenis keras) untuk aroma dan rasanya dalam tomyam. Bila dah mendidih dan nak hidangkan taburkan daun ketumbar yang dihiris halus dan masukkan kali kedua daun limau purut kita koyak-koyakkan, biar ianya ada extra aroma dan nampak hijau-hijau gitu....inilah Thai Sytle!! Cuba tau sebab bila makan rasa macam makan tomyam kat Cheng Mai ler

    OPTION 2 :
    From : [[email protected]]

    macam buat asam pedas saja original tomyam main ingredient limau purut.sama ada daun ataupun buahnya..oleh kerana limau purut air kurang boleh guna air limau nipis tetapi daun limau purut mesti ada.boleh juga potong kulit limau purut taruh tetapi setelah memdidih baru taruh kalau tidak akan rasa payau pula jika biar terlalu lama.ada bau saja boleh buang kulit limau tu jangan sampai masak pulak


    From: "Paridah Mansor (Central)" [[email protected]]
    Tomyam Campur
    Bahan-bahannya:-
    daging dihiris(di rebus dahulu)
    ayam dipotong dadu
    10 ekor udang@sotong
    10 biji cabai
    10 biji limau kasturi(diambil airnya)
    2 batang serai dititik
    3 helai daun limau purut
    1.5cm halia
    garam sesedap rasa
    sedikit sos tiram
    sayur(lobak merah,kobis bunga,tomato)
    Cara-caranya:-
  • masukkan ayam,daging,dan halia,bersama-sama dengan stok rebusan daging.
  • setelah empuk masukkan sotong ,serai,cabai dan sayur2an. apabila mendidih baru masukkan tomato, daun limau purut bersama air limau kasturi.
  • Pastikan biji limau telah dibuang kerana ia akan menjadikan tomyam pahit. selamat mencuba.

    sekiranya ada yang tersilap sila perbetulkan kerana kita sama2 belajar.

    Hosted by www.Geocities.ws

    1