From: [[email protected]]
Resepi Sup Pudina
Beli 1 - 2 ikat daun pudina di pasar malam atau di pasaraya dengan harga antara RM0.60 setiap satu ikat.
Petik daun pucuk dan sedang yang elok sahaja, daun pangkal jangan diambil....basuh bersih-bersih.
Cara-caranya:-
Panaskan minyak, masukkan bawang merah (3 ulas) dan bawang putih (3 ulas) yang telah ditumbuk kasar, tumis sehingga wangi TAPI jangan sampai garing (+ - 30 saat)
Masukkan daun pudina tadi dan tumis rata antara 20 saat.
Pecahkan telur sebiji, pecahkan dan kacau rata-rata sehingga keseluruhan daun pudina ( macam telur dadar gitu ).
Kautkan api sekejap, dan terbalikan telur + daun pudina, barangkali anda tidak mungkin boleh mengangkat sekeping besar telur + pudina tadi, tak per...boleh pecah-pecahkan banyak bahagian dan terbalikp-balikan telur tersebut dalam antara 30 saat, slowkan api semula.
Apabila telur + pudina tersebut kelihatan seakan mula masak, masukkan 300 ml air ke dalam, kuatkan api semula dan tunggu sampai mendidih.
Masukkan sedikit garam secukup rasa, serta sedikit lada sulah. Jika termasuk terlebih air, boleh didih lama sedikit dan lepas itu tutup api.
Hidang dan makan begitu sahaja atau dengan nasi berserta dengan lauk-lauk yang ada.