From : [[email protected]]
CHICKEN PIE
Bahan-bahan:
1 kotak puff pastry SILVERBIRD, didlmnya ada 2 keping
100 gm/200 gm Isi ayam - dipotong dadu
1 cawan sayur campur
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepong gandum
1/2 cawan atau lebih sikit susu segar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 sudu besar minyak masak
Sedikit lada sulah
garam
gula
Cara-caranya:
  • Perapkan isi ayam dengan lada sulah, garam dan gula.
  • Tumis bawang besar hingga layu, masukkan ayam dan kacau hingga masak. Masukkan sayur campur. Kacau dan angkat
  • Dalam bekas lain, cairkan mentega. Taburkan tepong gandum. Kacau hingga menjadi pes. Api jangan terlalu besar, nanti hangus.
  • Masukkan susu segar, kacau hingga menjadi pekat.
  • Kemudian masukkan campuran ayam tadi, gaulkan dan tambah garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sejukkan
    Cara membuat pie
  • Ambil satu keping pastri dan canai selebar 8 inci atau muat untuk satu pie dish. Letakkan pastri tadi dalam pie dish, kemaskan dan potong tepinya
  • Masukkan inti dan ratakan
  • Canaikan sekeping lagi selebar tadi dan letakkan diatas pie tadi, trim tepinya dan tekan garpu supaya tidak terbuka.
    Jika ada baki pastri lagi, terapkan dengan acuan biskut yang berbentuk bunga/daun dan hias di atas pie.
  • Sapukan kuning telor di atasnya. Bakar hingga kekuningan

    p/s: Puan juga boleh guna inti seperti inti karipap jika mahu yang pedas.

    Selamat mencuba

  • Hosted by www.Geocities.ws

    1