From: [[email protected]]
Puding Caramel
Cam ni le resepi puding caramel yang I ada... So far, sesiapa cuba, insyaallah, mesti jadi...
Bahan-bahan:
7 atau 8 biji telor ayam
1 tin susu cair
1 cawan (besar) gula pasir
(1/4 cawan dimasukkan dalam adunan puding; dan
3/4 cawan dijadikan gula hangus bersama sedikit air)
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:
Hanguskan 3/4 cawan gula hingga perang, kemudian masukkan sedikit je air; dan kacau hingga hilang gula yang berbuku-buku. Buat dengan api yang sederhana.
Kemudian tuang gula hangus tadi ke dalam loyang untuk dikukus dan biarkan sejuk.
Sementara itu, panaskan air di dalam pengukus.
Pukul 1/4 cawan gula bersama telor satu persatu (pukul ala kadar saja).
Masukkan susu cair.
Masukkan esen vanilla
Tuangkan semua adunan ke dalam loyang yang mengandungi gula hangus yang telah sejuk tadi.
Akhir sekali, masukkan ke dalam pengukus yang telah menggelegak dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
Setelah masak, keluarkan loyang dari dalam periuk kukus. Biarkan sejuk sekejap.
Kemudian, terbalikkan puding ke dalam piring leper yang besar. Kerja ini kena berhati-hati kerana takut gula hangus yang cair di bawah puding akan tumpah.
Setelah puding benar-benar sejuk, masukkan ke dalam peti ais. Bila dah betul-betul sejuk, baru sedap di makan.
SELAMAT MENCUBA........
From : [[email protected]]
PUDING KARAMEL
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
3 biji telur
1 cawan gula pasir
Cara membuatnya:
Pukul telur dan susu cair tadi hingga kembang
Masak gula tadi hingga menjadi keemasan, kemudian tuangkan didalam mangkuk
Kemudiah masukkan campuran telur dan susu yang dipukul tadi ke atas air gula di dalam mangkuk tadi
Kukus bahan ini hingga masak (keras)
Kemudiah hidangkan ia
selamat mencuba
OPTION 1
From : [[email protected]]
CREAM CARAMEL
ingredients:-
1 can sweetened condensed milk
2 teaspoon vanilla
3 cups fresh milk
3 eggs
1 cup sugar (for caramel glaze)
Caranya:
Lightly beat the 3 eggs, add the can of condensed milk, 3 cups milk, 2 teaspoon vanilla
In pan, heat 1 cup sugar until caramelized. Then coat inside a mold with caramel glaze
Place mold in shallow pan of cold water (water should reach half to three quarter up side of mold).
Pour milk/egg mixture into mold. Bake at 400F for about 1 hour in middle rack
Should appear golden brown on top. Refrigerate. Before serving flip over onto plate
Caramel glaze will fall over flan. For best results, make one day prior serving
OPTION 2
PUDING KAREMAL
(dalam bahasa kampong puding telor)
Bahan-bahan,
6 biji telur gred B (telor bandar jangan telor kampung)
1 cawan gula halus (bukan gula yang dikisar tapi gula yang biasa dijual dikedai-kedai termasuk kedai KOPERASI)
1 tin susu cair (ideal)
daun pandan beberapa helai
1 penutup esen vanila
sedikit gula untuk membuat gula hangus
periuk kukus..
caranya
masukkan telur & gula & daun pandan - di ramas hingga larut gula itu. kalau geli kacau @ pukul tapi tak sedap kemudian masukkan esen vanila & susu.
selepas itu buat gula hangus caranya. masak gula sehingga hangus dan ratakan pada periuk acuan..
kemudian masukkan bahan-bahan tersebut
kemudian kukus 45 minit hingga 1 jam
OPTION 3
CARAMEL ISTIMEWA
1 Tin Susu cair Ideal
2 Biji telur
5 Sudu Besar Gula Pasir
Cara Buat
Gula Pasir Buat jadi Gula hangus berwarna perang bila dah cair dan sejukan (Dalam acuan)
Masukan telur kedalam susu dan pukul hingga hancur .campur sedikit asen Vanila
Tuang Susu kedalam gula hangus tadi
Kukus dalam 15 - 20 Minit
Simpan dalam peti sejuk buat seketika dan tuang (Terbalikan) dalam pinggan untuk dimakan
Hiaslah dengan cerry ka, apa -apa yang sedap dipandang
OPTION 4
PUDING KAREMAL
1 tin ideal milk
1 tin air panas (tin ideal milk)
5 biji telur
gula 1 sudu besar (membumbung - Kalau nak manis tambah lagi ikut cita rasa masing-masing)
1 titik vanilla
Bahan untuk gula hangus
gula dan air (ikut suka banyak mana)
Caranya:
Masak gula hingga kuning atau orang kata dekat nak hangus. Masukkkan air perlahan-lahan. (Kalau tak nanti meletup dan terpercik kena muka sakit)
Kacau hingga likat dan tuang ke dalam bekas yang akan digunakan untuk mengukus. Biar sejuk
Sementara itu campurkan telur dan gula. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan vanilla, ideal milk dan air panas. Kacau hingga sebati
Tuang ke dalam bekas yang berisi gula hangus tadi. Tapi make sure gula tu dah sejuk sikit
Kukus dengan api yang perlahan selama 10 ke 15 minit
Tips
Kalau inginkan variasi campurkan sedikit custard powder ke dalam mixture tadi. Dapatlah Custard Caramel Pudding
From: [[email protected]]
Puding karamel
gula hangus
masakkan gula setengah atau satu cawan.
bila dah agak larut masukkan sedikit air (kurang suku cawan camtu- hati2 sebab masa ni gula akan menggelegak) biarkan seketika terus dengan bahagian 2)
puding
5 biji telor pukul sampai naik
masukkan sedikit esen vanilla
kacau lagi masukkan sedikit gula.. (biar manis sikit2 saja)
kacau masukkan setin susu cair kacau lagi..
masukkan 2 sudu atau kurang tepung jagung... (kalau nak lembek kurangkan sikit) kacau lagi sampai tepung larut betul2..
gula hangus tadi sapukan kedalam loyang semua bahagian..
tuangkan bahan puding kedalam loyang, masukkan kedalam periuk utk kukus...
biarkan sehingga masak sedikit (tengok dah keras dah tak melekat - guna garpu cucuk ke puding utk tengok ni)
bila dah ok ambil sesudu marjerin letakkan diatas puding tadi dan rata kan marjerin tersebut..
biarkan beberapa saat diatas api kemudian angkat..
ok lepas tu boleh masukkan dalam pinggan dan tunagkan lebihan gula hangus tadi..
From: RAJA NAZIHA RAJA HALID [[email protected]]
Puding Karamel
Ini kegemaran keluarga saya, especially anak-anak I. Saya ini bukan pakar tetapi boleh tahan juga, Satu masalahnya saya tidak ikut sukatan tetapi ashik masuk-masuk sahaja. jadi juga. Tidak payah letak margerine. Memadai sahaja dengan gula hangus tersebut, elok permukaan puding tersebut.
Kalau ikut resepi arwah ibu saya,
guna 1/2 tin susu pekat manis
1 tin air (bekas susu tadi)
5-6 biji telur,pukul pelahan-lahan sahaja.
Karamelnya
- 3-4 sudu besar gula
sedikit air di masak hingga perang & pekat. Bila pekat terus tuang ke dalam bekas dan masuk aduan tadi dan dikukus. Inshahallah jadi
OPTION
1 lagi puding serupa ini tetapi kegemaran aruah bapa saya.
puding ini tanpa keramel, cuma semasa sudah tuang dalam bekas untuk dikukus
masukkan 1 sudu kecil margerine ke dalam bancuhan tadi.
Sedap juga, kami selalu buat puding musim puasa.
Selamat mencuba.
From : [[email protected]]
Puding Karamel A
Bahan-bahannya :
1 tin susu cair ideal
1 tin telur ayam (guna tin susu yg sama untuk sukat telur dan air)
1 tin air
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning
secubit garam
dua sudu makan gula
caranya :
- tin telur dipukul bersama gula dan garam . Pukul adunan tadi tak perlu kembang agak-agak sebati telur dng gula aje. Kemudian masukkan susu, esen vanila,pewarna kuning dan air kacau sebati.
- kemudian masukkan adunan tadi kedalam bekas yg telah diletak terlebih dahulu gula hangus(caramel) dan kukus selama 10 minit aje......cubalah ...
OPTION 1 :
From : [[email protected] ]
1 tin telur tu, kalau gunakan telur yang agak besar dalam 6 biji aje kalau yang kecil sikit dalam 7 @ 8 biji gitu.....
OPTION 2 :
From : Hindon Hj [[email protected]]
Untuk tidak nampak rongga-rongga, jangan pukul telor kembang sangat, pukul sekadar bercampur telur merah dengan putih saja, pasti tak banyak rongga.
OPTION 3 :
From : [[email protected]]
- air tu dicampurkan setelah telur dan gula dipukul sebati. Perlu diingat telur tu tak perlu dipukul sampai kembang cuma perlu dipukul seperti nak buat telur dadar gitu. Lebih kurang telur dan gula sebati. lepas tu campurkan susu dan air. lepas tu kacau lebih kurang. pasal tepung kastard tu tak perlu bubuh, sebab adunan tadi pun dah cukup lembut. fruit koktel tu boleh juga dimasukkan dlm adunan cuma perlu diingat air dlm fruit koktel tu jangan dimasukan sekali dalam adunan nanti terlebih lembut pulak! Ataupun semasa nak makan boleh juga diletakkan fruit koktel, tapi saya lebih suka letakkan fruit koktel semasa nak makan caramel...
- Bab masak memasak ni kenalah rajin mencuba....barulah kita dapat hasilnya!!!!!
From: [[email protected]]
Puding Caramel B
Bahan-bahan
10 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air (bekas susu diatas)
sedikit esen vanilla
gula (sukatan ikut citarasa)
Cara :
- Didihkan air kukusan.
- Sesambil tu cairkan gula (bila gula cair, masukkan air ikut citarasa jugak). Biar dia menggelegak ngan gula hingga menjadi air gula
- Sesambil tu jugak, pecahkan kesemua telur. masukkan susu cair dan air dan esen. Kacau hingga hancur telur (jgn pukul atau mesin hingga kembang), hanya kacau letak bekas dlm kukusan. Tuangkan air gula yg mendidih tadi....pastikan air kukusan tgh mendidih..
- Tuangkan dan tapis campuran tadi ke dalam bekas kukusan ?
From : [[email protected]]
Pudding Karamel c
Bahan-bahannya :
1 tin susu cair ideal
1 tin telur ayam (guna tin susu yg sama untuk sukat telur dan air)
1 tin air
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Secubit garam
Dua sudu makan gula
Caranya :
- 1 tin telur dipukul bersama gula dan garam .
- Pukul adunan tadi tak perlu kembang agak-agak sebati telur dng gula aje.
- Kemudian masukkan susu, esen vanila, pewarna kuning dan air kacau sebati.
- Kemudian masukkan adunan tadi kedalam bekas yg telah diletak terlebih dahulu gula hangus(caramel) dan kukus selama 10 minit aje......cubalah ...