From: Khatijah Hassan [[email protected]]
PUDING JAGUNG
Bahan-bahan
1 cawan tepung castard (tepung jagung)
4 cawan santan cair
3/4 cawan gula.
(sukatan diatas mesti mengunakan cawan yg sama)
jagung 1 tin,
secubit garam,
daun pandan,
Cara :
1. campurkan kesemua bahan diatas didlm periuk (kacau rata).
2. letakkan diatas dapur dgn api yg sederhana dan sentiasa kacau sehingga pekat dan berkilat
3. setelah itu bolehlah diletakkan didlm bekas yg diminati.
OPTION:
MAAF ye� saya tersilap... guna tepung castard bukan tepung jagung...
jagung tin tu tak payah keringkan air.
maaf selalu..
From : [[email protected]]
PUDING JAGUNG
Bahan-bahan :
1 tahil agar� (30 gm)
1 tin jagung (di kisar dengan airnya sekali)
1 tin ideal milk
4 biji telur
2 sudu makan tepung custard
2 sudu makan mentega
2 gelas gula
air 7 gelas air
caranya :
rendam agar� semalam dan toskan
masakkan agar� dengan 7 gelas air (atau ukuran air adalah satu sukatan agar� yang di tos.. airnya 2 kali sukatan agar�)
masukkan 1 gelas gula ke dalam agar� yang telah hancur
dalam bekas yang lain, pukul mentega, gula, telur dan tepung castard hingga sebati
apabila gula dan agar� telah hancur, masukkan bahan� yang telah dipukul tadi, dan gaul rata
kemudian masukkan jagung yang telah dikisar , dan gaul rata�.. bila dah hampir mendidih, tutup api.. dan tuangkan ke dalam bekas ikut suka bentuknya
OPTION 1
From: Liza Sulaiman [[email protected]]
Puding Jagung Ija
Bahan-Bahan :
1 tin jagung
1 tin susu cair
3 biji telur
1 mangkuk gula
1 paket agar-agar
3 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan 3 atau 4 sudu besar air agar tidak bergentel)
Cara Membuatnya
Rebus agar - agar bersama gula sehingga larut
Sementara itu pukul telur bersama 2 sudu besar gula
Masak susu cair dan bancuhan tepung kastard
Kacau kemudian masukkan jagung dan bancuhan agar2.
Kacau kira-kira 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam acuan
Selamat mencuba
OPTION 2
From: [[email protected]]
1 tin krim jagung (aka, jagung dlm tin)
1 tin tepung jagung
santan dari 1 biji kelapa (boleh diganti dgn susu rendah lemak bagi yg health conscious)
gula
garam secubit
1-2 helai daun pandan
cara :
tepung jagung + santan dimasukkan dlm periuk, di atas api sederhana. Waktu mula2 ni memanglah adunan ni cair, lebih cair dari adunan buat lempeng (pancake)
Lepas tu masukkanlah gula (terpulang sama ada mahu manis lebih atau manis2 buah) & bubuh secubit garam utk sekadar timbulkan rasa lemak puding tu nanti.
Letaklah daun pandan, supaya puding tu wangi. Ia kena sentiasa dikacau, kalau tidak, adunan akan hangus di bahagian dasar periuk ataupun ia menjadi bergentel (tak cantiklah jadinya nanti).
Kacau pelan2 sampai adunan jadi likat. Biasanya lebihkurang � jam
Lepas tu, bila dah likat (biasanya adunan masa ni akan mengeluarkan gelembung2 udara (kalau kena tangan, memanglah sakit!), teruskan kacau lagi & lepas tu bolehlah masukkan krim jagung. Kalau suka jagung lebih, tambahkan sukatannya
kacau lagi sampai adunan mesra & lebih pekat (lebih kurang 15 minit).
Lepas tu angkat & tuang dlm acuan. sejukkan.
Lepas tu boleh potong & hidangkan, ok..
haaa, kan mudah tu...kita kat dapur ni kena versatile, tak boleh muncung2 susah hati tak tahu itu-ini. yg penting, abang sayang kita tu, senyum sampai ke telinga :)
Tips
bab masak-memasak ni sebenarnya tak perlu terlalu obsessed dgn sukatan atau bahan. tengok macam chef wan, semua dia main campak2 saja tapi menjadi. Kita lahir dgn instinct, gunakanlah ia sebaiknya. Yg penting memasak itu dgn rasa cinta, semoga suami & keluarga & siapapun yg kita mahu jamu itu kenyang, puas & dapat khasiat yg sepatutnya