From: maliza mohd hasib [ [email protected]]
Puding Roti
bahan2nya:
beberapa keping roti..satu buku pun takper..
santan..kalau suka lemak buat satu biji..kalau tak suka 1/2 biji pun cukup..
gula dan gula secukup rasa
cara2nya:
  • susunkan roti lapis demi lapis dalam loyang..
  • selepas tuh curahkan santan kelapa yang dicampurkan dengan gula dan garam ke atas roti tersebut..
  • lepas tuh kukuslah sampai roti dan santan dah sebati..
    OPTION :
    Saya nak tambah le sikit....kalau tak nak lapis-lapiskan pun boleh.....
  • kita ramas-ramas sampai sebati dengan gula dan santan tu, kalau nak bagi lagi sedap, untuk sebuku roti tu, bolehlah tambahkan 3-4 camca besar margerin....
  • then, kalau nak bagi menyelerakan dan berkhasiat untuk kanak-kanak (orang dewasa pun suka jugak), kurangkan gula tapi tambah kismis.....sedap youuuuu.....tapi nak membakar tu makan masa sikit....
  • Kalau nak hasilnya senang dipotong, (keras sikit), tambahkan roti tapi kurangkan santan...tapi kalau suka yang lembik-lembik (kena makan dengan sudu), lebihkan santan....

    Selamat mencuba....


    Shahriza Robi [[email protected]]
    PUDING ROTI PELANGI
    Bahan-bahan
    1 bungkus agar-agar
    1 buku roti (any brand - tapi yang pendek )
    2 1/2 cawan gula
    9 cawan air
    2 biji telur
    5 cawan santan
    esen ros
    pewarna hijau dan merah
    Cara :
    1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur kemudian masukkan gula.
    2. Masak sehingga gula larut. Sementara menanti agar agar masak kita rendamkan roti di dalam santan. Apabila sudah kembang kita blend bersama 2 biji telur yang dah di buang pusatnya (supaya agar agar tidak hanyir).
    3. Apabila agar agar telah larut tapiskannya. Kemudian kita masukkan semula ke dalam periuk bersama sedikit esen ros. Biarkan sekejap pastu
    4. masukkan roti yang sudah di blend tadi.
    5. Kecilkan api masak sehingga ia menjadi pekat sedikit.
    6. Angkat dan di bahagi kepada 3 bahagian. 1 bahagian yang sedikit diletakkan warna merah, (sedikit sudah memadai sebab warnanya garang) 1 bahagian warna hijau dan satu bahagian tiada berwarna.
    7. Masukkan ke dalam loyang atau mangkuk kaserol dengan berselang seli hingga habis. Sejukkan dan hidangkan.

    Selamat mencuba


    OPTION:
    From: Nur Eisya [[email protected]

    Assalamualaikum Cik Nur,
    Pusat telur tu bukan yang kuning tapi, yang kat putih telur yang mana bila kita tarik tuh dia segumpal. Ha.... yang tu nak kena buang tu. Tapi kalau tak buang pun tak apa Cuma orang takut hanyir le.

    Hosted by www.Geocities.ws

    1