From: Aween_Esa [ [email protected]]
Puding Pelangi
Bahan-bahan :
5 biji telur
1 tin susu cair Ideal
1 peket agar-agar
5 cawan air
1 3/4 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu koko Van Houten
sedikit pewarna merah
Cara Membuatnya :
  • Masak agar-agar dengan 5 cawan air. Bila agar-agar hancur, masukkan gula.
  • Pukul telur hingga kembang. Masukkan susu cair dan esen vanilla ke dalam telur, kacau hingga sebati.
  • Masukkan bancuhan telur ke dalam agar-agar. Kacau sekejap, kemudian tutup api.
  • Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian. Pertama warna koko, kedua warna merah dan ketiga biarkan warna asal.
  • Masukkan ke dalam bekas secara berselang seli hingga habis.
  • Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk.

    Selamat mencuba...........

    OPTION :
    Sepatutnya puding pelangi tersebut tidak berbuih pun. Saya rasa saudari lambat tutup api selepas memasukkan bancuhan telur kerana bancuhan telur yang dimasukkan akan pecah (berketul-ketul) dan berbuih jika api lambat ditutup. Lagi satu, semasa masukkan bancuhan telur ke dalam agar-agar, hendaklah sentiasa dikacau bagi mengelakkannya pecah.
    Harap saudari tak serik mencuba..........
    Hosted by www.Geocities.ws

    1