From : [[email protected]]
Puding Batik
Bahan2 :
500 gm biskut marrie (patah 2 atau 3)
1 cawan gula halus
4 sudu besar milo (diayak)
4 sudu besar koko (diayak)
1 buku (250 gm) mentega
1 tin kecil susu pekat
5 biji telur
4 sudu besar gravy browning (beli di Cold
Storage, [cecair coklat dalam botol])
Cara
- Kacau mentega dengan gula hingga sebati, masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga sebati. Kemudian masukkan susu, milo, koko dan gravy browning.
- Panaskan kuali besar dengan api perlahan. Masukkan adunan dan kacau perlahan hingga hampir melekat.
- Masukkan biskut merie dan gaul hingga rata masukkan ke dalam bekas dan tekan menggunakan plastik terus sejukkan ke dalam peti sejuk. Selepas itu bolehlah dimakan.