AGAR-AGAR LAICI
Untuk membuat agar-agar ini kita memerlukan acuan yang berbentuk seperti cawan tanpa tangkai bersaiz kecil.
Bahan-bahan
1 tin laici dalam tin
1 tin susu cair
1 gelas agar-agar yang telah dicuci
(gelas sebesar tin susu cair tsb. susu cair)
5 gelas air
sesenduk gula batu
sesenduk gula pasir (ikut suka manis)
Cara - cara
1. racikkan buah laici dan letakkan didalam acuan
2. masak agar-agar dengan air dan gula batu. Bila dah betul-betul cair, masukkan gula bila gula dah hancur, masukkan air buah laici
3. masukkan susu cair
4. masukkan esen vanilla jika suka
5. bila semuanya dah sebati, matikan api. Biar 5 minit kemudian masukkan dalam acuan, letak ke dalam peti sejuk selama 1 jam

Oleh kerana acuan kita kecil, agar-agar cepat sejuk. tekan keliling agar-agar untuk keluarkan isinya dari acuan. letakkan dalam piring hidangan secara menelungkupkannya

Hosted by www.Geocities.ws

1