From: [[email protected]]
Nasi Tomato
Bahan2
1 ½ cawan beras - dibersihkan dan di tos
1/2 cawan sos tomato + 2 cawan air - kacau rata2
3 sudu besar minyak
3/4 sudu teh garam - ikut rasa
lada sulah
1 biji bawang besar - dimayang
6 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
4 kuntum bunga cengkih )untuk
sekeping kulit kayu manis ) pewangi
3 biji buah keras (tak nak pun tak per)
Cara2
Panaskan minyak dan goreng bawang dan bawng putih sehingga garing.
Asingkan sebagai hiasan
Masukkan bahan2 pewangi, goreng sebentar kemudian masukkan bawang besar dan halia.
Kacau
Goreng sekejap dan kemudian masukkan beras yg telah ditos.
Kacau rata-rata
Masukkan sos tomato + air, garam.
Kacau rata-rata.
Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa
Apabila nasi mulai masak, kecilkan api.
Jgn dikacau kerana takut beras yg berbiji tu akan patah.
Biarkan nasi masak hingga air2 betul kering dan tutup periuk dgn api sederhana selama lebih kurang 15 minit atau sehingga nasi betul2 masak
Hidang nasi tomato dan hiaskan dengan bawang goreng.
Hidangkan dengan ayam masak merah ker, kari ker
SELAMAT MENCUBA @ CHOWWWWW