From : [[email protected]]
NASI GORENG CARA THAI
Satu lagi resipi nasi goreng kesukaan saya iaitu nasi goreng cara thai. Nasi goreng ni saya makan ketika saya berkunjung ke rumah sahabat saya di Selatan Thailand. Nama tempat tu kalau tak silap saya ialah Cek He.
Bahan-bahan Dan Caranya Mudah Saja :-
Ketuk bawang putih dan tumiskan dengan kulitnya sekali. (kata diorang nak bangkitkan bau..), kemudian masukkan cili kisar.
Bila garing, masukkan hirisan daging, udang dan sotong.
Kacau sebentar, masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit kicap sotong.
Kemudian masukkan nasi dan pecahkan telur ke dalamnya.
Kacau rata-rata hingga nasi tu bergaul sebati dengan perencah-perencahnya dan kelihatan berasap...(menunjukkan nasi goreng dah masak)..
Akhir sekali, masukkan sayur sawi yang telah dipotong dan juga daun bawang.
Padamkan api. (untuk pengetahuan kawan-kawan, sayur sawi dan daun bawang yang dimasukkan tadi masih belum layu sepenuhnya...rangup gitu....)
Masukkan ke dalam pinggan hidang, hiaskan dengan kepingan timun dan tomato.
Renjiskan serbuk lada hitam ke atas nasi dan hidangkan panas-panas bersama cili padi jeruk.
Selamat mencuba..Saya harap kawan-kawan akan menggemarinya.
Jumpa lagi.....