From : [[email protected]]
NASI KERABU ISTIMEWA
Bahan-bahan UNTUK NASI
4 pot beras
4 pot air
1 batang serai dititik
2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat
sedikit isi cekur, ditumbuk lumat
CARA MEMASAK NASI
  • Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.
    CARA MENGHIDANG
  • Sendukkan nasi ke dalam pinggan.
  • Letakkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam.
  • Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.
  • Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.
    SAMBAL KELAPA
    Bahan-bahan :
    � biji kelapa parut
    1 camca the garam
    2 camca besar gula
    sedikit gula
    5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
    sehiris halia, ditumbuk lumat
    10 biji lada hitam, ditumbuk lumat
    Cara-caranya:-
  • Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.
  • Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.
    SAMBAL IKAN
    Bahan-bahan :
    5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
    5 biji bawang merah
    sehiris halia
    Cara-caranya:-
  • Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula. Masukkan isi ikan dan
  • Tumbuk lagi sehingga hancur. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan
  • Sangai hingga kering.
    CILI PADI JERUK
    Bahan-bahan :
    Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
    Campurkan 1 camcateh garam
    2 sudu besar gula dan � cawan cuka.
    Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat. TUMIS BUDU @ BELACAN (salah satu saja..)
    Bahan-bahan :
    1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar
    5 biji cili kering
    5 biji bawang merah ditumbuk
    2 biji bawang putih
    sehiris halia
    1 batang serai, dititik
    sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
    � biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
    2 sudu air asam jawa
    Cara-caranya:-
  • Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
  • Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa.
  • Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
  • Sesuaikan rasa dan angkat.
    ULAM-ULAMAN - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.
    2 helai daun kunyit
    5 helai daun cekur
    1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada
    10 tangkai daun kesum
    5 tangkai daun selasih/kemangi
    2 batang kangkung
    5 batang kacang panjang
    1 kuntum bunga kantan
    � biji timun
    1 biji bawang besar
    5 biji bawang putih jeruk
    1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya
    SOLOK LADA
    Bahan-bahan :
    10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
    � biji kelapa parut putih
    5 biji bawang merah
    sehiris halia
    2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja
    sedikit garam, gula dan serbuk perasa
    � cawan santan pekat
    Cara-caranya:-
  • Tumbuk bawang dan halia hingga lumat.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan.
  • Tumbuk lagi hingga lumat.
  • Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
  • Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
  • Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.
    IKAN GORENG CELUP TEPUNG
    Bahan-bahan :
    5 ekor ikan, dibersihkan dan tos
    � cawan tpung beras
    sedikit air kapur
    sedikit serbuk kunyit
    garam secukup rasa
    minyak untuk menggoreng
    Cara-caranya:-
  • Bancuh tepung beras bersama air kaput, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya.
  • Pekat cairnya seperti menggoreng pisang. Panaskan minyak.
  • Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

    SELAMAT MENCUBA
    PS : Hidangan nasi kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu mentah begitu saja dengan memerahkan sedikit limau nipis ke dalam budu tersebut dan tak perlu lagi menggunakan tumis budu atau belacan. Jika suka menggunakan kedua-duanya pun tak menjadi masalah..


    OPTION 1 :
    From : [[email protected]]
    SOLOK LADA
    Bahan-bahan :
    10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
    � biji kelapa parut putih
    5 biji bawang merah
    sehiris halia
    2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja
    sedikit garam, gula dan serbuk perasa
    � cawan santan pekat
    Cara-caranya:-
  • Tumbuk bawang dan halia hingga lumat.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan.
  • Tumbuk lagi hingga lumat. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
  • Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
  • Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.
    Hosted by www.Geocities.ws

    1