From : [[email protected]]
Nasi goreng & Kepak ayam
Bahan nasi
4 cawan nasi yang sudah dimasak
1/2 cawan ikan bilis
1/3 cawan minyak
1 ulas bawang putih (dicincang)
150g dada ayam
150g udang (dikupas kulit)
3 biji telur
1 sudu makan soy sos (light)
Garam dan lada sula secukup rasa
1/4 sudu teh minyak bian
150g taugeh
2 tangkai daun sup, daun bawang (dihiris)
Cara
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
panaskan 1/3 cawan minyak dan tumis bawang sebelum masukkan ayam, udang dan goreng hingga 3-4 minit.
Besarkan api dan masukkan telur.
Campurkan nasi dan gaul rata.
Masukkan perisa, taugeh daun sup, daun bawang dan ikan bilis. hidang semasa panas.
Bahan kepak ayam BBQ
6 keping kepak ayam
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan soya sos (light)
2 sudu makan sos hitam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan madu
Garam dan lada sula secukup rasa
Cara
Campurkan semua bahan-bahan dan perapkan ayam selama 6 jam.
Panggang(masukkan ke dalam oven pun boleh) sehingga daging empuk dan masak.
Hidanglah bersama nasi Goreng
Cubalah
Juls