From: "Harun, Norhishman" [[email protected]]
Nasi Himpit Sup Daging/Ayam
Untuk sajian 6 orang
Bahan bahan yang diperlukan....
Dua bungkus nasi himpit (Adabi)
3 biji telur yang direbus }
4 keping tauhu (digoreng) }
8 tangkai cili padi (dihiris halus) } untuk
sedikit Tauge } hiasan
3 helai daun sup }
3 helai daun bawang }
Setengah kilo daging lembu/ayam (direbus sehingga empuk)
5 biji kentang (dibelah 4 khusus utk membuat sup)
Sebungkus Sup Bunjut....
Cara Membuat Sup Daging/Ayam
Daging/ayam di potong kecil dan di cuci dengan tepung gamdum (untuk daging sahaja bagi menghilangkan bau hanyir daging
kemudian toskan dan rebus bersama sup bunjut selama lima jam.
Apabila hampir empuk barulah di masukan kentang.
Tunggu sehingga kentang empuk dan bolehlah di hidangkan bersama nasi himpit jangan lupa tabur bahan hiasan seperti telur,tauhu dan sebagainya....
Selamat menjamu selera....