gaulkan bahan2 bersama sedikit cuka dan gula...
From: SALWANI ALI [[email protected]]
NASI DAGING
Bahan-bahan
8 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 inci halia ditumbuk
1 paket rempah nasik daging Kohilal
Rempah nasi daging kohilal ni boleh beli dari Koperasi PAS. 1 kotak ada 4 paket.
1/2 cawan tomato sos
Campurkan sekali semua bahan ini, jadikan pes
Untuk dimayang
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 pot beras
1 kati daging dihiris lebar
1 senduk margerin campur sedikit minyak sapi
Cara :
1. panaskan periuk, cairkan margerin, tumis bahan mayang, bila agak garing tumis pes
2. bila wangi masukkan air, kemudian daging masak selama 1/2 jam atau hingga daging empuk.
3. asingkan daging dari kuah
4. cuci beras dan masukkan ke dalam periuk bersama kuah. kuah hendaklah mengikut sukatan yang biasa memasak nasik jika terlebih, jangan taruk semua kuah, jika kurang, tambahkan air masukkan daging dan masaklah nasik seperti biasa
hidangan tambahan
acar timun+nenas
air asam
Air Asam
5 biji cili besar
5 biji cili api
3 biji tomato
5 ulas bawang merah
sedikit belacan
garam
3 biji limau kasturi
Cara :
1. tumbuk cili, cili api, garam beserta belacan
2. cincang halus tomato
3. mayang halus bawang merah
4. satukan semua bahan dan perahkan asam limau
air asam ini dicicah bersama daging.
OPTION:
untuk menjawab kemuskilan pak amir dan kengkawn yg.lain, rasa boleh guna serbuk rempah atau rempah kurma kerana saya ada tengok mak cik menggunakannya semasa dia masak. Kalau nak cari bahan yg disebut tadi, tempat saya tak ada pun koperasi tersebut tak pernah jumpa lagi, mungkin ada di sesetengah tempat sahaja. Mungkin juga boleh guna dari jenama yng lain. kadang kadang ada dijual, yang penting kita cuba resepi tu sampai jadi sedap dimakan. Kalau ikut sangat resepi pun belum tentu jadi, kenalah reka cipta sikit.