From: Pak Amir Pak Dollah [[email protected]]
SOS CILI NASI AYAM ALA CINA
Bahagian A
8 cili merah saiz besar
Halia sebesar tapak tangan
6 - 8 ulas bawang putih
3/4 hingga satu cawan air
Cara Memasak
Hasil Bahagian A : Kisar kesemua barang di atas (Bahagian A). Setelah selesai, tuangkan ke dalam mangkuk besar. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Bahagian B
Cukupkan rasa yang anda kehendaki.
Campurkan gula (2 - 3 sudu besar gula) dan garam secukup rasa ke dalam "Hasil Bahagian A" tadi.
Kalau ikutkan Pak Amir tidak campuran rasa ke dalam kesemua "Hasil Bahagian A". Pak Amir suka simpan "Hasil Bahagian A" di dalam peti sejuk. Bila nak makan, keluarkan sedikit baru campurkan rasa (masukkan gula dan garam). Namun kedua-dua cara boleh kita buat.
Bahagian C
Keluarkan "Hasil Bahagian B" tadi mengikut banyak mana nak makan, jangan membazir. Perahkan 1 - 2 biji jus limau kasturi (bukan limau lipis) dan hidang.
Makan bersama nasi ayam, bukan sahaja cicah ayam panggang, malahan sebagai kuah untuk makan bersama nasi kuning pun sedop!
TIPS :
Pak Amir tidak gunakan/malahan ramai orang cina dah tak guna bahan cuka sekarang. Sebab ianya menghauskan tekat kita! Tanpa cuka, hasil tetap sama mengancam.
Hosted by www.Geocities.ws

1