From : [[email protected]]
Nasi Beriani Gam
Bahan-bahannya :
½ kg.daging - dipotong kiub
10 gm. Halia
25 gm. Bawang putih
30 gm. Rempah beriani
daun pudina
Blender halia, bawang putih dan daun pudina. Gaul daging dengan rempah beriani dan bahan yg.telah di blend.
Bahan utk. Menumis daging:
3 biji bawang besar - blender
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pala
Susu cair
Kulit kayu manis
Minyak masak (utk. menumis)
garam
Bahan untuk nasi beriani:
500 gm. Beras basmati
3 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar
2 kuntum bunga cengkih
20 gm. Gajus
20 gm. kismis
2 ulas bawang putih
2 biji buah pelaga
halia
kayu manis
sedikit air mawar (utk. mewangikan nasi)
cara membuatnya:
- Panaskan minyak, tumis bawang, bunga cengkih, buah pala dan kayu manis. Kemudian masukkan daging yang telah digaul tadi, kacau hingga pekat (kering) kemudian masukkan susu dan garam, kacau lagi hingga betul2 kering.
- Panaskan minyak sapi, tumis halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bawang putih dan bawang besar yang telah di kisar. Masukkan beras dan air secukupnya, biarkan hingga tiga suku masak, kemudian masukkan ke dalam periuk daging tadi dan tutup periuk, biar sehingga nasi betul2 masak.
* hidangkan dengan acar rampai
OPTION :
From : [[email protected]]
Beriani gam paling popular di muar johor, yg selalu kita jumpa di mana2 ni, beriani biasa. Beriani gam ni leceh sikit nak membuatnya sebab salah2 gam, periuk yg digunakan boleh kemek. Nisha tahu sebab salah seorg pakcik nisha di Muar mmg tukang masak beriani gam. Nisha kurang pasti masa digam tu nasi di atas @ lauk diatas tapi yg nisha tahu mrk akan bubuh kain jarang & gam bibir periuk menggunakan doh tepung gandum. Betullah tu digam pasal tak mahu wap nasi & lauk beriani daging keluar. Inilah rahsia kenapa nasi beriani gam sedap. Nak tahu mana satu beriani gam. rupa nasinyam mg tak berapa cantik, lepas tu selalunya beriani gam bila dihidang digaul sekali dgn lauk dagingnya. Ada juga org buat beriani gam ayam tapi tak sesedap beriani gam daging. Kalau nak resepi original beriani gam nantilah kalau ada masa nisha balik muar & risik kat pakcik.