Nasi Ayam Nusantara
2 pot beras (cuci & toskan air)
1 ekor ayam
A-Untuk goreng ambil bhg yg berisi dan belah besar2
B-Untuk sup ambil bahagian tulang2 dan kerat kecik2
Bahan Untuk Ayam Goreng:
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam (kalau suka)
3 sudu besar kicap (cair@pekat utk hitamkan ayam)
sedikit garam
Cara:-
Tumbuk semua bahan dan perap pada ayam (A). Lagi lama lagi sedap. Goreng seperti biasa.
Bahan Untuk Sup & Nasi:
15 ulas bawang merah (dimayang)
5 ulas bawang putih (dimayamg)
1 cm halia (dititik)
1 bungkus sup bunjut adabi
2(1/2) ml air
gula sikit je sebagai perisa(hujung sudu)
Cara :
Tumis dengan minyak yg lebih sikit bawang merah dan bawang putih hingga garing
Masukkan ayam(B), tumis seketika dan masukkan air.
Masukkan garam secukup rasa, gula dan tunggu hingga mendidih.
Tunggu lama sedikit. So ambil air rebusan ini untuk masak nasi (lebihkan ambil bahagian atas rebusan so nasi nanti nampak berminyak).
Baki air rebusan tu masukkan sup bunjut adabi.
Kalau nak banyak kuah sup, tambah la air sikit lagi. Pas tu garam secukupnya. (rasala)
Ok,siap kuah sup dan nasi. Ha...nasi tu jangan lupa pulak nak "on" kan. Tak masak nanti.
Sambal @ sos :
1 ulas bawang putih
3/4 batang lada kering(nak pedas tambah lagi)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
garam & gula
Cara :
Bland bawang putih dah lada kering.
Tumis tanpa minyak seketika dan
masukkan kedua2 sos.
Masuk air sikit so tak la pekat sangat.
Masuk garam dan lebihkan gula (bagi sambal manis sikit baru kick). Kacau2 dan siap....
Untuk tambahan.
Salad
Tomato
Mentimun
bawang goreng(tabur kat sup & nasi)
Ok....Selamat mencuba
OPTION 1:
From: SALWANI ALI [[email protected]]
ni nampak macam tak ada sambal kicapnya. meh saya tambah sikit
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu sos tiram
3 sudu kicap
1/2 cawan air
sedikit tepung jagung (mengikut kepekatan yang disukai)
campurkan semua bahan kecuali tepung jagung dan tenggekkan di atas api hingga mendidih dan kacau pelan-pelan.
Campurkan tepung jangung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam sos kicap kita, kacau pelan-pelan supaya tak berketul.
Bila dah mendidih lagi, padamkan api dapur.
OPTION 2 :
From: "Saidatul Rodiah bt Abd Rahman @TNBMSC" [[email protected]]
kalau nak cuba cara yang selalu saya buat, rebus ayam separuh masak, kemudian tos kan ayam tersebut serta perap dengan bahan-bahan diatas. Air lebihan rebusan (stok ayam) boleh juga di jadikan sop.
OPTION 3 :
From: SALWANI ALI [[email protected]]
Itulah saya heran sebab ayam tu terus digoreng. Yang saya selalu buat rebus semua ayam, then bila dah gelegak barulah ambik ayam yang nak digoreng tu saja. Ayam, tu dilumur sekejap ngan rempah yang dinyatakan kemudian terus digoreng tak terlalu lama. Sebab ayam tu dah masak dah masa kita buat sup tadi. Memang nampak basah-basah macam kat kedai. Lembut pun lembut, tak kenyal macam ayam goreng.
OPTION 4:
From: [[email protected]]
Ni stail orang bujang buat Nasi Ayam.
Ayam yang telah dipotong direbus hingga hampir-hampir masak semasa nak dapatkan air rebusannya.
Ayam tu kemudian disapu dengan putih telur, kemudian disapu pulak dengan sos tiram.
Selepas tu letakkan dalam tray dan masukkan dalam oven sehingga ayam tu nampak keperangan diluarnya.
Masak dalam oven tu cuma nak bagi ayam tu nampak seperti dipanggang dan irresistible untuk yang nak memakannya. Tu aje.