From: Juliana MOSTAJAP [ [email protected]]
Mee Goreng Thai
ingat2 lupa...masa sekolah dulu ada belajar buat telur asin masa kelas kemahiran hidup..
Bahan - bahan
1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)
Bahan Kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2")
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye)hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis
Cara :
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar hingga garing & masukkan isi ayam & udang.
  • Setelah setengah masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata.
  • Masukkan sayur & mee, sedikit air jika perlu dan gaul rata.
  • Hidangkan semasa panas

    Cubalah....
    Juls

    Hosted by www.Geocities.ws

    1