From: Ju 2000 | [email protected] |
Mee Bandung Muar 1
bahan2nya
1/2 cawan udang kering - rendam dulu
1 cawan udang basah
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Cili Kering (Ikut pedas sendiri)
Sedikit belacan (dibakar dulu)
Daging (direbus dan dihiris - simpan air rebusannya)
Tauhu (dlm 3 keping - digoreng dan dipotong 8)
Telur (ikut suka nak berapa biji)
Tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
Sedikit garam
Sedikit perasa/gula pasir
1 sudu besar sos tiram
sos tomato
Air asam jawa (dlm 1/2 cawan)
Buah tomato (dlm 3 biji - potong 4)
Sawi
Minyak masak<
Cara2nya
Udang kering, bawang merah, bawang putih, cili kering dan belacan dikisar dan tumis hingga wangi.
Masukkan daging hiris, udang basah dan tauhu. Masukkan sekali garam dan perasa/gula pasir. Biarkan kejap.
Masukkan air rebusan daging, air asam jawa, sos tomato dan sos tiram. Tambahlah air banyak mana yang kita mahu. Biarkan mendidih.
Pecahkan telur masuk kedalam kuah.
Masukkan sawi dan buah tomato.
Biarkan kuah pekat sedikit. Ini dilakukan dng memasukkan larutan tepung gandum. Kacau hingga tepung masak. Lepastu bolehlah dimasukkan masukkan mee dalam kuah, kacau kejap dan diangkat.
Hidangkan dengan jeruk cili, daun
bawang, bawang goreng dan limau nipis.
TIPS:
Jika tak mahu makan semua atau sekali gus, asingkan kuah setakat yg hendak dimakan ke dalam periuk yg lebih kecil utk dimasukkan mee. Kuah yg lebih tu bolehlah di simpan dan bila nak makan lagi, bolehlah dipanaskan kuah dan masukkan mee. Kalau korang nak masukkan semua mee pun boleh, tapi nanti bila mee tu kembang aku tak jamin.
From : | [email protected] |
Mee Bandung Muar 2
Bahannya
1/2 kati kerang (direbus & dikopek kulitnya)
3 sudu besar cili kering yg tlh dimesin
1/2 kati sawi
1 kati Mee kuning
1/2 kati daging (direbus)
Telur ayam - ikut berapa org yg makan
1 cawan udang kering (mesin halus)
2 cawan kacang tanah (mesin 1/3 halus)
4 ulas bawang merah )mesin
2 ulas bawang putih )bersama
daun sup & daun bawang
Bawang goreng
garam
gula
Bhn utk supnya
1/2 kati tulang lembu (direbus-simpan airnya)
1 sudu jintan manis }
1 1/2 sudu jintan putih }
4 ulas bawang merah }dimesin
1 ulas bawang putih }
1 inci halia }
daun sup & daun bawang
1 kuntum bunga lawang }
1 kuntum cengkih }
1 batang kulit kayu manis}penumis
1 biji buah pelaga }