From: [[email protected]]
LAKSAM
Bahan2 :
tepung beras ) campur kedua2 bahan ini dan
air ) jadikan batter jgn pekat dan jgn
sedikit garam ) cair sgt biarkan ia sederhana cair
Kukus :
ambil sesenduk adunan dan tuangkan atas tudung periuk.
Lapisan jgn tebal sangat dan kukus.
Bila ia mengelembung maknanya dah masak.
Keluarkan dan biarkan ia sejuk sikit dan gulung
** saya pakai tudung periuk dan kalau ada loyang kecil2 pun boleh buat
** satu bungkus tepung beras bole dapat 10 gulung laksam-- tengok sizenya
Kuah :
ikan kembung - direbus dan dimesin halus (air rebusan ikan jgn dibuang)
santan kelapa (boleh perah kelapa menggunakan air rebusan ikan)
bawang besar
halia - lebihkan sikit baru terasa
lada hitam - ditumbuk
asam keping
garam dan gula secukup rasa
Cara2nya :
masak semua sekali sampai mendidih.
jgn biarkan ia buku lemak, sentiasa kacau.
Sayur utk dimakan bersama :
timun - diracik halus
taugeh
kacang panjang - dihiris halus
bunga kantan - dihiris
daun kesum - dihiris halus
cilinya gunakan cili kering yg dimesin halus + garam sedikit
From: [[email protected]]
LAKSAM / MEE LAKSAM
Bahan - bahan
sekampit tepung beras
air secukupnya
sedikit garam
Cara :
Bancuh tepung beras dgn air sehingga sebati. Biarkan ia cair tapi jgn cair sangat dan masukkan garam.
Gunakan tudung periuk (macam cap buaya punya periuk ataupun loyang kecil) utuk membuat acuan .. tuangkan sesenduk (ikut rasa) adunan ke atas tudung periuk dan kukus . Bila dah sejuk gulungkan dan potong bila hendak dimakan
makan dgn kuahnya ..
From: SALWANI ALI [[email protected]]
Laksam III
Tepung beras (cap bunga teratai bagus)
Air
Garam
3-4 tutup periuk cap buaya sebagai acuannya
katakan kita ada bekas yang ada lima takuk, letakkan tepung sehingga dua takuk kemudian bakinya letakkan air sehingga paras lima.
Haaa... cam tu gram-gram kita tak reti
Taruk garam sikit, kacau
Sapukan sedikit minyak pada permukaan tudung periuk
Cara kat kampung ialah kite letak tudung periuk atas air yang sedang menggelegak.
Cara saya, saya guna periuk kukus.
Bila dah letakkan tudung periuk dalam periuk kukus barulah dicurahkan campuran laksam tadi�
Ingat, setiap kali nak letakkan campuran tu kacau sedikit supaya tepung tak mendap
Tutup periuk. Selepas 5-10 minit bolehlah dibuka penutup dan angkat laksam kita gulung
Bila dah agak tutup periuk dah tebal nampaknya dengan sisa selepas beberapa kali digunakan, cuci, lap dan letakkan minyak lagi�
Kalau agak adunan tu keras, tambah sikit air lagi, kalau lembik tambah tepung
Kuah
satu kati ikan selayang (sardin) direbus atau dipanggang - ambil isinya
sebiji kelapa ambil santannya
sesudu lada hitam
1" halia
9 ulas bawang merah
garam
2 asam keping
Cara:
tumbuk lada hitam, halia, bawang merah
bila dah sebati tumbuk sekali isi ikan
letak santan atas api
bila dah gelegak masukkan rencahnya, asam keping dan garam
Ulam
daun kesum
daun jambu gajus
daun kemangi (tak tahu apa namanya orang panggil kat sini)
kobis
kacang panjang
timun
taugeh
apa saja daun ulam yang wangi
cara :
hiris halus semua daun bersekali
timun dihiris macam buat pecel tu
kacang panjang dihiris nipis-nipis dan digaul bersama dedaun
hiris nipis kobis macam nak buat acar
Penambah Rasa
penambah rasa yang dihidangkan bersama laksam dan diletakkan dalam satu bekas terdiri dari sambal, garam, belacan dan asam limau yang dipotong-potong untuk kegunaan individu. Sambal tu cuma cili kering yang ditumbuk bersama sedikit garam. Tujuan diasingkan ialah supaya semua orang boleh ambil apa yang mereka suka sebanyak yang disukai sebab ada orang suka pedas, budak-budak tak leh makan pedas. Ada orang suka belacan ada orang allergik, gitu