From: Halimatun Sa'adiah Ali [[email protected]]
Kue Teow Goreng
Bahan - bahan
600g kue tiau (lebih kurang dlm 1 bungkus plastik)
3-4 ulas bawang putih - blender halus
1 ulas bawng besar - di mayang nipis
5-10 btg cili kering (Kalau taknak pedas boleh kurangkan cili kering) - blender halus
200g udang basah (boleh juga tambah daging / kerang jika mahu)
200g taugeh ( atau sayur sawi/kuchai/kobis )
2 biji telur
sos cili dan tomato secukup rasa
sedikit kicap
Garam dan gula secukup rasa
Cara2nya
Panaskan minyak (sebanyak 4 - 5 sudu besar)
Bila minyak dah panas masukkan bawang putih, bwg merah dan cili tadi. bila dah pasti Cili sudah garing masukkan udang. (Jika hendak tambah kerang pastikan kerang telah direbus dan di buang kulit dulu. Jika hendak masukkan daging, pastikan ia betul2 empuk)
Masukkan sedikit air (� cawan). Masukkan sos cili, tomato dan kicap. Kacau rata.
Masukkan kue tiau dan sayur tadi, kacau. Bila kuetiau dan sayur dan bahan lain dah sebati, dalam kuali, buatkan lubang ditengah kue tiau dan masukkan telur.
Kacau hingga telur sebati bersama kue tiau.
Angkat dari kuali. Hidangkan panas-panas.
SELAMAT MENCUBA