From: "Nora'aini Hashim" [[email protected]]
Mee Bandung
Bahan2: (untuk 4 orang makan)
Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digorang dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang
Cara-cara :
  • Tumiskan bawang putih dan merah
  • Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak
  • Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi.
  • Masukkan air secukupnya
  • Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng
  • Masukkan tomato dan telur
  • Masukkan air tepung jagung
  • Kacau sekali sekala. Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa

    Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur

  • Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung
  • Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak
    Hosted by www.Geocities.ws

    1