From: izana ibrahim [[email protected]]
Asam Laksa
1 Kg laksa (laksa basah di celur sebentar)
*** laksa kering pun boleh.
3 kg ikan kembung - di bersihkan
300 gm cili boh
3 kuntum bunga kantan (yg belum kembang dihiris)
seikat daun kesum
100 gm belacan di bakar
100 gm pes udang
1 inci halia di tumbuk lumat
60 gm asam gelugur
air asam jawa jika perlu
garam secukup rasa
Air
Hiasannya
1/2 biji nenas di potong kecil-kecil
4 biji bawang besar di hiris
limau kasturi di belah dua
daun pudina
timun
cili di hiris
10 biji telur di rebus dan di belah dua
Caranya
Ikan kembung yang telah di bersihkan di rebus dengan sedikit asam gelugur.
Setelah masak, angkat dan toskan airnya. Ambil isi ikan sahaja.
Ambil air rebusan ikan, campurkan cili boh, asam gelugur, bunga kantan dan daun kesum. Masukkan belacan yang telah di bakar, pes udang juga halia yang di tumbuk.
Tambah air mengikut keperluan anda.
Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa.
Masukkan juga isi ikan tadi.
Ketika menghidang masukkan laksa yang telah di celur sebentar, hiaskan dengan timun yang di hiris memanjang, nenas, bawang, daun pudina, cili hiris dan telur. Tuangkan kuah dan letakkan limau kasturi.
Hidangkan panas-panas.