From : | [email protected] |
YAU CHAR KOAY
Resepi Char Koi ni sama dengan Kueh Paktungku. Bahasanya yang lain satu Chinese satu Malay.
Bahan-bahan :
Tepung gandum
Air
Sedikit yis
Sedikit gula & garam
Cara-caranya:-
- Semua bahan tadi digaul kemudian biarkan selama 1/2 jam.
- Selepas tu canai dan potong agak-agak sebesar 2 jari.
- Bolehlah digoreng dengan minyak yang banyak.
Selamat mencuba...Amy
From : [[email protected]]
Assalamualaikum,
saya juga nak kongsi resipi Char Koay dengan kawan-kawan.
Bahan-bahan :
1kg tepung gandum
1 paket yeast segera - Mauripan
1/2 cawan gula halus
1 camcateh garam
2 sudu besar minyak jagung
2 gelas air suam atau secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:-
- Gaulkan tepung dengan yeast, garam dan gula.
- Buatkan lubang ditengah-tengah tepung dan tuangkan minyak jagung dan air suam.
- Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan.
- Doh akan menjadi kenyal bila telah cukup diuli.
- Tutup doh dengan tuala lembap dan peram di dalam suhu bilik hingga doh mengembang dua kali ganda.
- Kemudian uli sekali lagi selama 10 atau 15 minit.
- Biarkan doh mengembang sekali lagi selama 20 minit.
- Panaskan minyak penuh dalam kuali.
- Taburkan tepung atas papan pencanai dah canaikan doh setebal 1 inci dan lebarnya 5 inci (lebih kurang).
- Celupkan pisau pemotong doh ke dalam tepung dan potong doh mengikut saiz yang dikehendaki.
- Turiskan sedikit ditengahnya tetapi jangan sampai putus.
- Terus masukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng menggunakan api kecil hingga kuning.
- Hidangkan panas-panas dengan sos kastad atau lain-lain sos yang digemari.
SELAMAT MENCUBA