From : [[email protected]]
Kuih - Sardin Roll
Bahan-Bahannya :
Gandum 1 paun
Baking Powder 1 camca teh
Lemak Sayur 4 auns
Majerin 4 auns
Sardin 1 tin
Bawang Besar 1 ulas
Lada Merah & Hijau 3 biji
Limau Nipis ½ biji
Serbok Perisa jika mahu
Air Sejuk (Dlm peti air batu) 8 camca besar
Telur Merah 2 biji
Susu Cair 1 camca besar
Cara-cara membuatnya :
- Gandum hendaklah di gaul dgn baking powder terlebih dahulu dan diletakan di dalam satu bekas.
- Campurkan lemak sayur dan marjerin bersama tepung tadi dan di gaul sehingga menjadi halus dan masukan 4 camca air sejuk kedalam adunan tadi sehingga besatu.
- Kemudian masukan 4 camca air sejuk lagi dan digaul perlahan -lahan sehingga sebati .
- Kemudian di canai perlahan-lahan setebal 0.5cm dan selebar 8cm dan panjangnya kira 5 atau 7 cm. Buatlah sehingga habis doh tadi.
Intinya :
- Sardin dikeluarkan dan dimasukan ke dalam pinggan yang berasingan dan dihancurkan. (Buang tulang-tulangnya jika ada)
- Bawang besar di cincang halus dan dimasukan kedalam sardin tadi. Lada dipotong-potong kecil dan dimasukan kuahnya sekali kemudian perahkan air limau nipis. Setelah itu jerang di atas dapur sehingga pekat dan diangkat dan dibiarkan sejuk.
- Ambil doh yang telah dipotong-potong tadi letakan diatasnya kira-kira 1 camca sardin mengikut panjang adunan tadi. Setalah itu digulung seperti menggulung kuih Dadar dan tepinya dilekatkan dengan tepung sagu yang dibancuh dengan air dan tekan perlahan-lahan dan buatlah sehingga habis.
- Setelah siap semuanya kemudian disusun didalam dulang dan sapukan telur yang dibancuh dengan susu cair tadi. Kemudian dibakar sehingga masak.