From : | [email protected] |
Kuih - PULUT PANGGANG JOHOR
Bahan-Bahannya Inti
1 biji Kelapa Parut
50 gm Udang Kering
5 btg Cili Merah (Jika suka pedas tambahkan lagi)
3 ulas Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 btg Serai
Garam
Gula Daun Pisang di potong mengikut ukuran (Lebar 5 @ 5 inci)
Lidi yang dipotong 2 kecil (1 � inci)
1kg Pulut ( Direndam )
Air
Garam
Cara-caranya :
Untuk memasak intinya :
Untuk Membuat pulut panggang :

SELAMAT MENCUBA


Soalan
From : NUR FAKHZAN | [email protected] |

saya suka makan pulut, tapi yang leceh nyer kena kukus. Boleh tak saya masak macam nasi biasa jek beras pulut tuh??? Kalo boleh, baper paras air dia. kalo tak boleh masak macam biasa, maknanyer saya kene kukus jugak ler nyek???

Jawap 1
From : | [email protected] |

  • Pulut bukan sahaja boleh dikukus tetapi boleh juga dimasak macam nasi.
  • Pulut hendaklah direndam paling tidak 1 jam kemudian barulah dimasak.
  • Paras air lebih sedikit daripada pulut, letak garam sedikit
  • Bila sudah mendidih sesekali kacau, sebab pulut akan cepat menjadi kerak jika tidak mengacaunya
  • Bila sudah kering, tanakkannya macam masak nasi

    Jawap 2
    From : | [email protected] |

    kalau saya tanak pulut tak payah nak rendam, cuci macam biasa, letak air lebih sikit dari paras pulut kemudian tanak je macam nasi biasa. Memang sentiasa kacau sebab takut hangit, tapi the best api janganlah kuat sangat, masa mengeringpun tak lama sangat. Bila air dah kering, perlahankan api sekejap dalam 5 minit dah boleh padam dah api. tak pernah pulak letak garam. Kami orang kelantan biasanya makan dengan kelapa muda parut bercampur garam dan ikan masin. Sambal belacan pun saya bantai je dengan pulut
    fakhzan, air bukan dua kali ganda, nanti jadi bubur pulak. oleh kerana pulut tu memang lembut, paras air sedikit saja, lebih sikit je, lebih kurang 1/3 atau � dari paras pulut

    Jawap 3
    From : | [email protected] |

    Pulut tu memang boleh dimasak macam masak nasi (guna rice cooker)

    Sukatannya:
    2 pot beras pulut bila dlm rice cooker tu airnye setakat paras 1 saja & bubuhla garam sikit (Kalau beras biasa kan 2 pot beras, air paras 2 kan)
    Caranya:
  • Basuh beras pulut macam biasa.
  • Bubuh air & garam lepas tu on je la rice cooker kita tu.
  • Tak perlu la nak kacau Saya dah biasa buat cam ni
  • Hasilnya tidak menghampakan

    Jawap 4
    From : | [email protected] |

    Kalau tak mahu kukus pulut, kita boleh tanak saja. Caranya mudah,

  • jerang air (agak-agak lepas paras pulut) bersama daun pandan dan sedikit garam hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan beras pulut (basuh dahulu dan tos airnya).
  • Kacau sedikit biar hingga mendidih.
  • Bila sudah mendidih, buangkan airnya tadi, tutup periuk dan kecilkan api.
  • Biar hingga masak baru angkat

    Jawap 5
    From : | [email protected] |

    Kalau nak senang lagi,

  • basuh beras pulut lebih kurang 1 tin susu sampai bersih. Paras air lebih 1 cm dari paras pulut.
  • Masukkan santan serbuk 1 peket, sedikit garam dan gula putih or gula melaka or gula merah. kacau sampai rata dan akhir sekali masukan dlm microwave (bagi yg ada microwave) masak selama 20 mins.
  • Bila sudah masak jangan lupa kacau dan tutup mangkuk tadi.
  • Sedap dimakan dengan kelapa parutttt..


    Perhatian :
    * Bila masak pulut dlm micrwave jangan lupa tutup mangkuknya
    * Bila masak nasi biasa dlm microwave jangan tutup mangkuknya sehingga nasi dah hampir kering air
    Mengunakan microwave gerentee 100% pulut atau nasi boleh dimakan... tak ada kerakkkk
    Hosted by www.Geocities.ws

    1