From : | [email protected] |
MURTABAK CREAM CRACKERS
Ini juadah favourite anak-anak saya yang berumur 10thn, 7thn dan 5 thn. Ingin pula saya berkongsi dengan netters yang lain since restaurant Pak Amir pun dah mula beroperasi. Boleh dicuba hujung minggu ini. Juadah ini pun enak untuk santapan berbuka puasa.
Memang saya dah test berkali-kali, baik hujung minggu atau bulan puasa ...
Bahan-bahan :
600 gm daging cincang
600 gm bawang besar potong dadu
1 biji kelapa ambil 15 auns santan(boleh jugak gunakan santan kara...ringkas)
1 tin besar susu cair carnation
36 keping biskut cream crackers
50 sen daun sup dan dan daun bawang, dihiris
6 biji telur
garam secukup rasa
1 bungkus rempah dari daging, anggaran 15 sen
1 senduk lauk minyak untuk menumis
10 biji lada merah dihiris bulat ( untuk yang ada anak-anak macam saya 2 atau 3 batang mencukupi, tak pedas sangat... kalau tidak nanti makan sampai tergolek-golek!!!! )
Bahan-bahan untuk dikisar :
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
5 cm halia
Cara-caranya:-
- Panaskan minyak. Tumiskan rempah dan bahan-bahan yang dikisar hingga wangi.
- Masukkan daging, garam dan akhir sekali bawang besar.
- Masak hingga kering dan sejukkan.
- Masak susu dan santan biar hingga mendidih.
- Masukkan sedikit garam dan angkat.
- Masukkan biskut satu persatu dalam susu dan santan yang masih panas dan atur dalam acuan (8x8 inci) yang disapu mentega dibawah dan tepi.
- Alaskan kertas cuma di bahagian bawah sahaja...Biskutnya jangan direndam nanti terus lembik...
- Bila dah celupkan dalam santan terus di atur dalam acuan.
- Susun 9 keping biskut dalam acuan. Tabur daging, daun sup/bawang, lada.
- Jiruskan 2 biji telur yang telah dikocok dulu.
- Buat berulang-ulang, 4 lapis biskut (9x4 lapis=36 biskut) dan 3 lapis daging.
- 2 biji telur yang terakhir jangan dihabiskan...
- Diakhir lapisan paling atas sekali dijiruskan atas biskut.
- Begitu juga dengan lebihan santan, dijiruskan agak-agak 6 senduk.
- Bakar lebih kurang 1 hingga 1 setengah jam dalam oven dengan kepanasan suhu 150 darjah celsius.
- Setelah masak, sejukkan sebentar.... Kalau dah cukup sejuknya (mungkin panas sikit) boleh dikeluarkan dari acuan macam sebiji kek.. Boleh dipotong ... Makan pelan-pelan jangan berebut... Bagi-bagilah adik-beradik.
Cuba-cubalah.....