From: SALWANI ALI | [email protected] |
KUIH TIRAM
bahan-bahan
tepong gandum
marjerin
garam
air
campuran A
2 sudu tepung kanji
2 sudu minyak masak
cara
- gaulkan minyak masak dengan tepung kanji - asingkan
- gaulkan tepong gandum dengan marjerin agak-agak macam nak buat kuih gunting atau kuih siput.
- masukkan garam dan air - agak-agak sampai boleh uli, jangan pulak sampai melekat kat tangan dan jangan sampai terlalu keras
- bulatkan sebesar bola tenis
- ambil satu dan canaikan sehingga lebih kurang 4 mm
- ratakan nipis sedikit sahaja campuran A diatas doh tersebut
- gulung doh
- potong doh sepanjang 1 inci atau kurang
- dalam kedudukan spiral doh tersebut masih berada di kiri dan kanan, untuk setiap potongan gelek secara menyenget sedikit sehingga nampak bunga tiram tersebut. Gelek tu sekali sahaja dan ditekan dengan kuat supaya benar-benar leper
- goreng dengan api yang sederhana
- kumpulkan semua kuih tiram yang dah digoreng dan taburkan gula halus diatasnya. kuis-kuis sikit supaya semua kuih terkena gula.