From : | [email protected] |
KUIH KERAS KACANG WARGA INDIA
Bahan-bahan :
a) 1 bungkus tepung kacang kuda (warna kuning- panggilan india tepung kadalai) - Baba punya ya. ( cap lain pun bolehlah)
b) Kacang kuda (kacang buat vadai) 1/8 kilo - rendam selama 10 minit ,basuh dan keringkan sehingga tidak ada air, tak perlu kering betul-betul.
c) Kacang tanah (1/2 kilo)
d) 1/4 paket tepung kacang kuda (untuk buat macam muruku halus)
e) Cili kering lebih kurang 10 -15 keping (goreng tanpa minyak) tumbuk halus.
f) Bawang putih 3 ulas- bukan 3 biji besar (tumbuk kasar besama cili kering selepas cili tadi hancur) Tambah garam secubit.
g) Garam secukupnya.
Cara-caranya:-
- Bahan (a) tadi dicampur dengan air dan tambah garam secukupnya. Kacau sehingga adunan seperti tepung buat goreng pisang ( jangan terlalu cair) . Jika pekat boleh tambah air.
- Panaskan minyak. Setelah minyak panas, gunakan sudu yang ada lubang kecil -kecil, pegang sudu ini diatas kuali yang ada minyak masak, gunakan satu penyedok / sudu lain untuk ambil adunan tepung tadi dan tuang di atas sudu tadi dan gesek/uli. Tepung akan jatuh melalui lubang kecil itu dan berbentuk seperti manik-manik kecil. Buat sehingga semua aduan tadi habis. Goreng sehingga kuning emas/garing.
- Bahan (d) pula ditambah air dan garam secukupnya uli sehingga mejadi doh seperti buat muruku. Terapkan doh ini menggunakan acuan muruku yang mempunyai acu lubang paling halus di atas minyak masak..goreng sehingga kuning emas.
- Sekarang gorengkan kacang dal, kacang tanah dan terus masukkan kedalam bekas yang mengandungi hasil bahan (a) dan (d). Campurkan cili kering, bawang putih yang sudah di tumbuk. Gaul sehingga sebati.
Nota : Kalau tak cukup pedas tambah cili kering bukan serbuk kari. Simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan sehingga 2 - 3 minggu.
selamat mencuba.