From: [[email protected]]
KARIPAP
Intinya
1 kilo ubi kentang (dipotong dadu)
2 peket rempah kari daging (adabi) (kalau tak mahu pedas boleh kurangkan sikit)
1 cawan ayam atau udang atau daging(yang dihiris nipis atau dicincang halus)
6 ulas bawang merah}
2 ulas bawang putih } ditumbuk
1 inci halia}
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
Garam dan pak aji secukup rasa
Minyak untuk menumis
(kalau nak tambah dengan mixed vege pun kira o'right juga)
Cara-caranya
Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik baunya kemudian masukkan rempah kari, kacau hingga pecah minyak pastu masukkan ayam.
Agak-agak ayam dah kental gitu masukkanlah kentang tambahkan air acap-acap dengan kentang.
Pastu kecilkan api masukkanlah garam dan pak aji (now and then) jangan lupa pula kacau kentang tu kang hangit pulak kang.
Bila agak-agak nak kering dan kentang dah empuk masukkan bawang dan daun-daunan tadi rasalah garamnya. Pastukan...kan...kan dah siap inti kita tadi.
Kulitnya
1/2 kilo tepung
3/4 cawan minyak masak (panaskan)
Air garam (agak-agak)
Cara-caranya
Masukkan tepung dalam besen, kemudian tuangkan minyak panas sedikit demi sedikit sambil digaul dengan tangan (hati-hati jangan sampai terlecur tangan).
Setelah tepung dan minyak digaul mesra masukkan pula air garam sedikit demi sedikit, uli hingga sebati jangan sampai doh terlembik agak-agak cantik dan sedap diuli oleh tangan kira
o.klah tu.
Canaikan doh tadi dan terapkanlah.
Isikan inti dan pilinlah tepi nya biar nampak cantik.
Pastu goreng. Pastu makan tapi...jangan lupa baca bismillah
Kalau ada masaalah boleh tanya kalau ada yang berbangkit lagi boleh Talipon 2418099
OPTION 1 :
Anyway, untuk karipap putau
DOH LUAR
1 kati tepung gandum
1 biji telur
Air garam
Digaul mesra dan diuli hingga menjadi doh, dan kepallah sebesar bola tennis
DOH DALAM
Tepung gandum
Margerine
Digaul mesra sehingga boleh di kepal. Kepallah sebesar bola ping-pong
Caranya
From: "Siti Hawa Sabdin" | [email protected] |
Ambil 2/3 bahagian sebesar bola pingpong (doh luar).
Dileperkan dan ditengahnya letakkan 1/3 bahagian sebesar bola pingpong (doh dalam) dan ditutup menjadi bulat dengan bahagian dalamnya berisi (doh dalam).
Dicanai, tebalnya agak-agaklah.
Digulung macam baulu gulung, kemudian dipotong-potong lebih kurang 1 inci. (Bergantung samada nak besar atau kecil karipaf tu).
Kemudian tegakkan potongan tadi dan dicanai satu-satu (apabila dicanai akan nampak corak pusing) dan diletak isinya dan buat seperti karipaf biasa.