From : | [email protected] |
INTI KARIPAP
Ubi kentang
Udang kering
Serbuk kari (ikut suka brand apa)
Daging atau ayam (ikut selera)
garam
daun kari
bawang putih
bawang merah
halia
serbuk perasa (jika suka)
minyak untuk menumis
Cara-caranya
  • potong daging tu nipis-nipis. Udang kering tu rendam dan kemudian tumbuk
  • Kentang tu potong jadi kiub kecil-kecil. Bawang putih, bawang merah dan halia hiris (macam nak masak kari tu)
  • campurkan bawang merah, bawang putih, halia dan serbuk kari dalam mangkuk dan lepas tu campur air sikit supaya senang nak tumis
  • Panaskan minyak, lepas tu masukkan daun kari hingga naik bau, lepas tu tumis bahan capuran bawang dan serbuk kari hingga garing.
  • Masukkan garam, bahan perasa, udang kering, ayam/daging dan kentang, jika perlu masukkan sikit air. kecilkan api dan biar hingga bahan-bahan tadi masak

    Ini resepi yang biasa saya buat untuk famili saya.
    Selamat mencuba


    OPTION
    From : | [email protected] |

    Resepi inti karipap saya begini pula

    1/2 kati daging lembu
    5 biji ubi kentang 1 sudu kecil lada hitam }
    1 sudu kecil jintan manis }
    1 sudu kecil jintan putih } - ditumbuk
    2 ulas bawang merah }
    2 ulas bawang putih }
    garam
    sedikit daun sup/daun bawang - dipotong halus

    Cara- Cara
  • Daging dipotong kecil - kecil, ubi kentang dipotong dadu
  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi bila naik bau.
  • Masukkan daging, ubi kentang dan air secukupnya
  • Bila sudah hampir kering masukkan daun
  • bawang/sup garam biarkan kering dan tutup api


    From: | [email protected] |
    INTI KARIPAP
    Bahan-bahan
    Ubi Kentang dipotong dadu
    Bawang besar dipotong dadu
    Daging dicincang
    Daun bawang dan daun sup
    1 biji telur
    BAHAN A:
    1 sudu besar rempah kari daging
    1 inci kulit kayu manis ditumbuk halus
    Sedikit jintan manis ditumbuk halus
    Sedikit lada hitam juga ditumbuk
    Satu tangkai daun kari
    Cara - cara
  • Campurkan sedikit air dan tumiskan bahan A di dalam kuali sehingga naik bau.
  • Masukkan daging, biar masak seketika dan kemudian masukkan ubi kentang dan bawang yang telah dipotong dadu tersebut kedalam kuali.
  • Kacau rata dan apabila ubi telah empuk, pecahkan telur dan gaul rata.
  • Apabila telah masak masukkan daun bawang yang telah dihiris halus untuk membangkitkan rasanya.
  • Selepas itu inti telah siap untuk dibuat karipap - tentang adunan tepungnya rujuk kepada resipi karipap yang telah di mail sebelum ni oleh para 'expertise' kita.
    Hosted by www.Geocities.ws

    1