From : | [email protected] |
KUIH DONUT
Bahan-bahan :
(A)
1kg Tepung gandum
2 biji telur (dipukul sedikit)
180g butter /marjerin
10g Garam
14g Serbuk penaik (baking powder)

(B)
60g Gula pasir halus
60g Susu tepung penuh krim
11g Yis segera (Serbuk)

(C)
340g Air
*** Jumlah air yang digunakan terpulang pade mutu tepung, jangan sampei cair

(D)
Sedikit gula aising untuk coating atau Coklat cair

Gayenye :
  • Larutkan bahan (B) dalam air suam.
  • Ketepikan (30 minit).. Lagi lame lagi bagus!
  • Gaul bersame bahan (A) dan masukan bahan (B) yang dah kembang tuu
  • Uli dengan tangan sampai kental dan simpan sekejap sampai ia kembang 2 kali ganda
  • Selepas 30 minint, uli balik adunan tu dan canai setebal 1.5 cm (anggaran panjang pangkal ibu jari)
  • Menggunakan pemotong adunan donut, potong doh tersebut.
  • Kalau tak de acuan, tak pe, gunakan cawan bulat untuk memotong lalu dengan tangan buatlah lubang donut
  • Potong semua doh sampai habis, baru lah masak
  • Lepas habih mengoreng semua nye, selepas hilang panas barulah gaulkannye atau roll kan donut atas gula aising atau coklat cair
    Tips
    Untuk mendapatkan donut yang lebih gebu serta sedap, campuran yis tu kenalah di biarkan lebih lame sikit sebab yis akan mengembang 2-3 kali ganda di suhu yang sederhana.

    Selamat mencuba, wassalam


    From : | [email protected] |
    DONAT
    Bahan-bahan Donat
    1 kg Tepung gandum
    3-4 sudu susu tepung (apa2 jenis pun tak kisah asalkan susu tepung)
    3 sudu marjerin
    Yis basah
    Air Garam (Garam dilarutkan dalam air jgn. masin sangat nanti adunan tepung tu masin...)
    Gula dikisar halus (jgn. halus sangat)
    Cara2nya
  • Cairkan yis dalam air (Peringatan : 1 kg tepung = � potong yis kalau nak buat � kg letakkan suku saja)
  • Satukan tepung gandum dgn susu tepung, cairkan marjerin dan masukkan dalam adunan tepung dan susu tadi kemudian masukkan yis yg telah dicairkan dan diadun dgn air garam sehingga doh (contoh adunan dah doh bila tepung tak melekat kat tangan.)
  • Biarkan adunan tepung yg dah doh tu mengembang
  • Bila dah mengembang buangkan anginnya dan diadun semula dan bentukkan bulat2 spt kita nak buat kuah keria
  • Bila bentuk2 donat tuh dah mengembang bolehlah digoreng dan taburkan gula kisar

    * Notes:
    Yis basah ada dijual kat kedai runcit selalunya disimpan di tempat aiskrim (mungkin takut cair) so kenalah tanya dgn pekedai bila nak membeli

    Sekian


    OPTION 2 :
    From : | [email protected] |

    maaflah saya nak tambah sikit.
    Kalau nak donat tu waktu sejuk pun masih lembut lagi cthnya utk bawa bekal, sila tambah:

    2 biji ubi kentang - direbus dan dilenyekkan
    yis basah boleh diganti dgn 1 bungkus Mauripan (serbuk)

    Cara buatnya sama je

    Hosted by www.Geocities.ws

    1