From : | [email protected] |
Cekodok KL & pelbagai & sos
Bahan - bahannya :
1/2 kg tepung gandum - bergantung pd anda kalau nak byk lebihkan tepung lagi
semangkuk air masak suam kuku - pastikan jangan sampai sejuk
sedikit garam (boleh dimasukkan ke dlm air)
minyak masak untuk menggoreng
Caranya :
  • gaulkan tepung dengan air suam. Air jangan terlalu byk atau terlalu kurang. Pastikan adunan tadi boleh dibentukkan seperti fish ball
  • lepas tu, panaskan minyak.. goreng la. pastikan api tak terlalu galak, nanti ditakuti cekodok meletup..
  • setelah kekuningan, bolehlah diangkat dan ditoskan
  • makan bersama sambal tumis ikan bilis/sos cili & air kopi ...emmmm sedapnyaaa

    mudah kan!! selamat mencuba


    Soalan :
    From: Alwanie | [email protected] |

    cik rozilah, saya nak celah sikit. cekodok ni tak payah campuran ker? macam ikan bilis ker atau udang ker dll lagi laa� atau memang hanya kosong cam tuu jerrr. Dan lagi kalau air suam tu dah sejuk macamana?
    Thanks

    Jawapan :
    From : | [email protected] |

    bagus jugak idea cik wanie tapi saya tak pernah cuba lagi. mungkin sedap. Apa pun try dulu kay. kalau air sejuk nanti cekodok tak tak berapa lembut dan bersarang


    OPTION 1
    From : | [email protected] |

    nak pelbagaikan resepi cekodok@jemput-jemput, tambahkan dlm resepi Cik Ila..

    cekodok telur == tambah telur dan gula (kalau lebihkan air dia, jadi lempeng...hmm..)
    cekodok pisang == tambah pisang
    cekodok bawang == tambah bawang besar cincang


    OPTION 2 :
    From : | [email protected] |

  • Tambahkan ikan bilis + tauge + daun kucai = cucur ikan bilis
  • Tambahkan udang = cucur udang, sedap!!!
    Utk buat sos:
    cili kering/cili boh
    bawang putih
    gula
    cuka
    tepung jagung
    sedikit air
    sedikit garam
    Cara - caranya:
  • blend cili kering dan bwg putih dgn sedikit air dan cuka
  • masukkan ke dlm periuk. Masukkan gula, garam dan tepung jagung. Masak di atas api yg sederhana sambil dikacau.
  • Bila sudah mendidih, angkat. sejukkan dan sedia utk dihidangkan bersama cucur. Boleh juga dibuat sos keropok lekor.
    Hosted by www.Geocities.ws

    1