From : | [email protected] |
Kuih Buah Melaka - ONDE - ONDE
Assalamualaikum..
Kalau kat Pantai Timur, kuih ni dinamakan onde-onde. Resipi saya macam ni..
Bahan-bahan :
1 paket kecil tepung pulut - Cap Bunga Teratai
1/2 senduk tepung beras, jika suka guna tepung pulut hitam tapi warnanya gelaplah..
1/2 camcateh air kapur
5 helai daun pandan, kisar ambil patinya secukup kegunaan
Bahan-bahan Intinya :
Gula melaka atau gula kelapa, dipotong kecil-kecil (gula merah boleh juga, tapi kena campur sedikit gula pasir)
Bahan-bahan Saduran :
1/2 biji kelapa parut putih, lebih baik jika kelapa tu agak muda sedikit kerana rasanya lebih lembut dan sedap
secubit garam
Cara-caranya:-
- Tepung pulut dan tepung beras disatukan dan dicampur dengan air kapur dan air daun pandan. Uli rata-rata hingga tidak melekat pada tangan. Adunan jangan terlalu lembik, nanti susah nak membentuknya.
- Didihkan air dalam periuk, campakkan sehelai daun pandan yang disimpulkan.
- Bentukkan adunan tepung bulat-bulat kecil, masukkan inti gula melaka ke dalamnya.
- Masukkan ke dalam air yang mendidih. Ulangi hingga adunan habis.
- Kuih akan timbul dalam air mendidih bila ia sudah masak.
- Toskan dan golekkan ke dalam kelapa parut bergaram. Bila sejuk sedikit, hidangkan.
ps : Sedikit tepung beras dicampurkan bertujuan untuk mengelakkan kuih terlalu lembut bila telah masak dan sesuai untuk dimakan segera, tapi kalau dah lama sikit, kuih akan mengeras..
SELAMAT MENCUBA..
From : | [email protected] |
Kuih Buah Melaka
Assalamualaikum w.b.t
Senang jer kalau tak silap saya resipinya begini :-
Bahan-bahan :
Tepung pulot
Gula Melaka yg berketul-ketul tu
Kelapa yg putih sahaja
Air rebusan (air paip jer)
Cara-caranya:-
- Tepung pulut dicampur air dan uli sampai rata , kemudian potong gula melaka tadi bentuk dadu.
- Selepas tu kepalkan tepung yg sudah diuli tadi dan ditengahnya diletakkan gula melaka dan bulatkannya.
- Selepas tu campakkan kedalam periuk yg sudah direbus airnya .
- Bila susah masak kuih ini akan timbuk keatas , kita perlu keluarkannya dan gaulkan dengan kelapa tadi.
- Untuk makluman cik kelapa tadi kena digaulkan dgn sedikit garam.
Selamat mencuba.
Wassalam
OPTION 1 :
From : | [email protected] |
Kalau ibu mertua saya, dia suka campur dengan keledek. Sungguh lembut dan sedap rasanya. Cubalah.........
OPTION 2 :
From : | [email protected] |
If you don't mind, i detailkan sedikit resipi ni....
Cara-caranya:-
- Tepung pulut dicampur air dan uli sampai rata hingga menjadi doh yang boleh dikepal & tidak melekat pada tangan & mangkuk dan jika suka, boleh campurkan sedikit pewarna hijau atau air pandan wangi supaya nampak berseri dan contrast dengan salutan kelapa.
- Kemudian potong gula melaka tadi bentuk dadu sebesar hujung jari hantu 1/2 inci.
- Selepas tu kepalkan tepung yg sudah diuli tadi dan ditengahnya diletakkan gula melaka dan bulatkannya sebesar saiz penutup botol pepsi (or ikut suka, kalau suka comel-comel, kecilkan sedikit).
- Selepas tu campakkan kedalam periuk yg sudah direbus airnya (di dalam air yang sedang mendidih - di atas api sederhana) .
- Bila susah masak kuih ini akan timbul keatas, kita perlu keluarkannya dan gaulkan dengan kelapa tadi.
- Untuk makluman cik kelapa tadi kena digaulkan dgn sedikit garam.
Selamat mencuba.
Wassalam
OPTION 3 :
From : | [email protected] |
Kuih buah melaka tu some people panggil onde-onde ( bulat berwarna hijau dan disaluti kelapa sagat ) dan buah melaka pulak yang bulat juga tapi berwarna kuning rasanya masam-manis kat Penang ni banyak orang buat jeruk..
Amy
OPTION 4 :
From : | [email protected] |
Assalamualaikum,
Saya nak tambah satu benda dalam resepi cik Zaleha ni. Saya selalunya gunakan air daun pandan untuk mendapatkan colouring hijau pada kuih, also bau yang harum. Nak buat air daun pandan ni senang je. Ambik daun pandan, hiris dalam 1/2 cm panjangnya (kalau kasar sangat nanti tak hancur bila kena blender). Lepas tu blender dengan air. Then tapis. Gaul tepung pulu dengan air daun pandan ni. Itu je.
Selamat Mencuba
Rgds
OPTION 5 :
From : | [email protected] |
Untuk dapatkan kuih buah melaka atau kueh koci yang lebeh enak campur kan sedikit keledek yang telah direbus dan di lenyek di dalam tepung pulut agar ia nya tetap lembut apabila sejuk.