From: Khatijah Hassan | [email protected] |
BINGKA/BENGKANG GANDUM PERASA PANDAN
Bahan - bahan
A
3 biji telor ayam
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
B
daun pandan 5 helai + 1 sudu teh jintan manis - diblend bersama 2 cawan air.
C
2 cawan santan
3 cawan tepung gandum (yg telah diayak)
Cara :
- Campurkan kesemua bahan A dan dipukul selama 1 minit,
- Masukkan bahan B, dikacau rata,
- Masukkan tepung gandum kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit (pastikan anda mesti kacau adunan tadi supaya tepung tidak berketul.) - Jika adunan tadi masih terdapat ketulan tepung, apa yg perlu dibuat ialah gunakan blender sahaja.
- Sediakan loyang pembakar yg telah disapu dgn planta disekeliling loyang tersebut. kemudian adunan tadi dituangkan kedalam loyang.
- Bakar didalam oven selama 1 jam ( 120 - 130 darjah C)
Jika anda mahukan bingka jagung atau durian, anda hanya perlu menukarkan bahan B sahaja.
--> contoh bahan B -Bingka jagung ialah 11/2 sudu teh esen rose + jagung + 2 cawan air.
--> contoh bahan B -Bingka durian ialah 22 sudu besar air daun pandan + durian + 2 cawan air.
Selamat mencuba.